I'M CONFUSED . . HAIYARK !!

| Wednesday, August 10, 2011 | 0 comments |




di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang..
tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.



di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga..
di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.



jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku..
tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.



di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata..
di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.



di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu..
di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.



kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta..
tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.



bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis..
bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira.



perasaan cinta bermula dari mata.
perasaan suka bermula dari telinga.
jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita membuang telinga kita.
tapi jika kita cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata..



setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta..


**************************



kekadang rasa mcm dah jatuh cinta.
seringkali tertanya-tanya adakah hanya suka.
cinta dan suka memang sangat komplikated.

CHLOE + IDRIS + MERLIN + SHUIB

| Monday, August 8, 2011 | 12 comments |




thn 2011 ifin mula bela kucing-kucing ni. niat di hati nak bela kucing yg mahal tapi ni je kot yang mampu dibela.. HAHA merendah diri tak hengat. ifin bela diorg sejak diorg kecik lagik..putus susu je terus ifin bela sampai la skg ni..

ada 4 ekor. dua jantan dua betina. yang betina nama CHLOE dan MERLIN. nama mcm omputeh. HAHA. yang jantan pulak nama SHUIB dan IDRIS. nama kampung. HAHA. actually nak bagi balance lah..ada omputeh ada melayu..nanti dpt anak mesti muka pan asian. HAHA.



 ni chloe dan merlin . .


ni merlin..si hidung hitam . . comel . . 


ni chloe . . paling manja . . 


chloe . .


suka hidung merlin . . 


chloe dah pandai membaca . . haha  . . 


ha . . ni chloe dan merlin dah ada kawan baru . . 


pendatang baru mula-mula mmg mkn sorang-sorang. haha. 


nilah dia kawan baru . . shuib namanya . . 


ni lagi baru . . nama dia idris . . 


suka tanda kat dahi shuib tu . . 


shuib . . comel lah kaw . .


tgklah mata shuib . . congkel kang. haha. 


mmg penakut time memula sampai . . haha. 


merlin . . si tompok . .


pose maut dari shuib . . 


shuib dan chloe mmg manja . .


chloe tgk pe tu syg? 


shuib . . si capang . . haha. 


idris . . suka mata biru dia . .


gado. masalah rumahtangga. haha.


***********************



aku mmg suka binatang yg comel.
cute je diorang..
sbb aku pun chummil. HAHA pitam.

PERKARA YANG PALING AKU MENCHIX !!

| Friday, July 8, 2011 | 1 comments |




********************



1) MENINGGIKAN SUARA
paling pantang kalu orang tinggikan suara tiba-tiba. apatah lagi bila ifin cakap dengan nada yg mendatar atau statik atau penuh dengan kesopanan. orang camni kan kalu kena lempang laju-laju mmg besh tahap gaban! nak-nak kalu yg emo a.k.a period sepanjang tahun..pergh tuh lagi mencabar keimanan. lagi sedap kan bila orang yang umurnya memang suku jagung (setengah pun tk sampai lagi) daripada ifin, tinggi suara..itu memang menempah maut wa cakap sama lu! sebab ifin pentingkan respect! tapi kalu orang yang dengan sengaja buat ifin naik darah, memang kena maki dgn ifin dengan nada yang tinggi. (itu takpe, sbb ifin diprovok). HAHA.




2) MAIN KAYU TIGA
memang ifin tak suka spesis camni. dasar tkde hati dan pasaan! walaupun dah ada yang disayangi dan dicintai, tapi still mata melilau tengok orang lain dengan niat nak mengusha. apatah lagi bila digoda dan dirayu..terus tangkap leleh dan berskendel dalam diam! hurm, ifin pernah mengalami situasi camni dulu time skolah. dikenakan tegak-tegak kantoi depan mata gf main kayu tiga kat sekolah teknik 'XX'. pastu tahu apa jadi? dendam kesumat pada insan bergelar gf. ifin pulak yang mengenakan. pasang sekali TIGA! dan clash kan sekali TIGA! serentak di tempat dan waktu yang sama! kijam kan beta?? HAHA. orang tak bersalah yang jadi mangsa dendam yang membara. itu hukum karma dan ifin dah pun dapat pembalasan. (citer next episode). HAHA.




3) MENGONGKONG
itu tkleh, ini tkleh. asik nak control je. ingat ifin ni i-robot kah? segalanya nak kena bagi report. sumenya nak kena sediakan laporan 99 muka surat tebalnya. apa ni?? nanti kalu tk bgtau, dikatanya kita ni suka berahsia. dikatanya kita ni pendam pasaan. taulah prihatin dan mengambil berat, cuma jgn melampau sudaa. menchix taw!! sumorg ada kebebasan masing-masing. as long as kita tahu baik buruknya, its enough to be enough.




4) EGO
memang menjadi satu masalah utama dewasa ini. ego ni kalu dulu sinonim dengan lelaki sahaja tapi sekang zaman sudah berubah bah..baik lelaki mahupun perempuan, sama-sama ada ego. cuma yang membezakan ialah tahap keegoan tuh. ego ni sebenarnya menunjukkan yang kita mempunyai kuasa veto utk mengawal situasi tapi bila dah melampau sangat, tu dah jadi malapetaka yang mengerikan! lebih-lebih lagi bila orang tu terang-terang dah buat salah kat kita tapi still buat muka tapai basi seminggu..in fact kita pulak yang kena beralah dengan mintak maaf! apa ni?? terbalik sudaa meyy?? hurm, so kita kena berpijak di bumi yang nyata lah. tak salah kalau kita merendahkan tahap keegoan kita tu. tak luak pun kan?




5) MENIPU
pantang ditipu!! itulah ifin. mana-mana manusia yang dah ada niat nak menipu ifin dengan meng'create'kan citer misteri nusantara, baiklah berambus cepat sebelum ifin melenting! bukan apa, takleh ke kalu cakap terus-terang? tak kudis pun kan? lebih huru-hara, bila terkantoi depan mata ifin. ha..time tu ko tau lah tinggi rendahnya gigi taring aku! come on, be honest, tak rugi apa-apa pe! walaupun pahit, terus-terang je. paling tidak pun cakaplah berkias. yang penting jangan menipu! menchix!!




6) SUKA BERI ALASAN
hidup kalu tak bagi alasan demi alasan memang tak sah kan? asik-asik alasan. sikit-sikit alasan. tak penat ke asik hidup nak mengelak je? kalu alasan yang munasabah, it's fine to me. ni alasan yang diberikan memang agak tak normal. orang kata nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih kan? tapi apa ko dapat dengan bagi alasan sokmo? lama-kelamaan, aku muak tau tak? bosan tau tak? jangan sampai aku terus shoot ke london bila ko nak mintak tolong kat aku!! HAHA.




7) MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
sikap ni sumorang ada. bukan takleh ada tapi kadang-kadang kena ada. cuma biar bertempat. biasanya orang jenis camni, memang banyak agenda hidup dia. bila tiba part dia, memang kena tuntaskan sampai ke tetesan keringat yang terakhir. bila tiba part kita, alih-alih dengar citer dia dah ada kat kutub utara! pe kes?? HAHA. come on la, selfish tu berpada-pada lah. jangan sampai kena terajang laju-laju!




8) CEMBURU BUTA
sumorang kata cemburu itu tanda sayang. tapi kalu cemburu tak tentu pasal atau pun memanjang je nak cemburu, sayang pale hotak ko! cemburu ni sebenarnya berpunca daripada pasaan takut dan khuatir. takut kehilangan! sebab tulah timbulnya cemburu-cemburu ni. ifin memang malas nak layan kalu cemburu buta ni. cemburu celik takpe, terpelajar sikit nampak. ifin senang je. ko nak sangat kan cemburu buta? kita putus! HAHA kijam tiba-tiba . .




9) PANAS BARAN
bab ni memang takleh nak kata apa lah sebab ifin pun ada natang neh. (kadang-kadang je kot, haha). pantang silap sikit, terus nak amuk sekampung. pantang salah sikit, terus nak kena tadah telinga dengar amarahnya sampai bernanah tahap vaviii! tengking or maki hamun tuh memang kebiasaan bagi yang panas baran ni, tapi kalu dah sampai tangan kaki naik...tu berat der!! nak kena kerat 18 der badan lu! HAHA. control sikitlah panas baran tuh. berpada-pada dan bertempat..otherwise 'lu langsi lu mati' bhai! HAHA.




10) TIDAK TAHU MEGHARGAI
part last ni lah yang penting sangat-sangat dalam hidup ifin. memang pantang atok nenek moyang nenda kalu jumpa spesis camni. tak leh ke ko hargai apa yang aku dah buat kat ko? susah sangat ke ko nak menghargai apa yang sedang aku buat kat ko? payah beno agaknya ko nak menghargai apa yang aku dah rancang untuk ko? haish..susah kan ini olang! memang nak kena penampo sulong! tunjukkan lah rasa menghargai atas apa orang dah buat untuk kita. lebih-lebih lagi orang yang sayang kat kita. pengorbanan dia memang tinggi. don't take for granted atas kebaikan dia. kalu ko memang tak nak jugak menghargai, nate muh!


********************



 jangan buat aku menchix ko.
jangan buat aku suka kat ko.
buatkan aku skendel ko je. HAHA.

LOVE

| Tuesday, June 7, 2011 | 0 comments |

don’t find love, let love find you.
that’s why it’s called falling in love.
because you don’t force yourself to fall.
you just fall . .

AKU MERAJUK? HAHA.

| Monday, June 6, 2011 | 0 comments |



BILA LELAKI MULA MERAJUK..


apa salahnya bila lelaki merajuk? Ada yang kata ‘bughuk kalau lelaki merajuk’. Ada yang kata bila lelaki merajuk “tak macho”. Tak kurang jugak ada yang mengatakan “lelaki merajuk neh mcm pondan”. Apa pun yang dilabelkan, lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sama seperti perempuan. Cuma…tahap merajuk tuh tak sama macam perempuan.

Sebenarnya bila dilihat secara logika, bila lelaki merajuk memang nampak bughuk sebab tak sesuai dengan jiwa lelaki yang selalu digambarkan kental..ifin pun pernah mengalami hal yang sama. Tapi yelah, bila lelaki merajuk ni sebenarnya mengharapkan dipujuk. Sama je kalau perempuan merajuk. Sebab setiap manusia memang dah tuhan anugerahkan hati dan perasaan. Ifin percaya korang sume pun sama gak kan..so this time, jom kita salami tanda-tanda apabila lelaki mula merajuk…

***********************





DIAM 1000 BAHASA.
sepanjang masa dengan korang dia akan diam je. Korang cakaplah macam pembaca berita tanpa henti tapi dia hanya akan anggukkan kepala dia dan mengiyakan apa yang korang cakap tanpa penambah rasa. Sikit pun dia tak layan korang macam sebelum-sebelum ni. Ha...tulah tandanya dia dah merajuk. Tapi memang betul sebab ifin pernah lakukan perkara yang sama.. HAHA.







BUAT DONO.
kalau korang mintak tolong dengan dia, dia akan buat slumber badak dia je. Dia akan buat tak tahu je dengan korang. Macam ifin pun, kalau ifin dah merajuk atau terasa, ifin malas nak cakap banyak...diam je...lantaklah nak buat apa pun.. HAHA. Lagi huru-hara bila dia buat-buat pekak tak dengar apa yang korang cakap. Ha..kalau nak tahu, inilah cara merajuk dia yang paling sadis sebab cara dia tu akan buat korang rasa macam nak lempang laju-laju je muka dia. Dia buat korang macam takde kat sebelah dia! HAHA.





REJECT KALAU DIAJAK MAKAN SAMA.
biasa dia akan makan sama dengan korang. Tapi kali ni bila dia merajuk, dia akan kata camni, “awak makanlah dulu, saya kenyang lagik” atau “saya dah makan tadi kat luo dengan kawan-kawan saya”. Bila keadaan ini berlaku, itu tandanya dia memang tengah merajuk dengan korang dan dia tak nak tengok muka korang face to face. Baru padan muka korang kan.. haha.






MUKA MACAM CUKA..MASAM.
part neh memang korang akan geram. Sebab apa? Sebab...dahlah lelaki tuh tak face to face dengan korang..dah lah lelaki tuh tak nak cakap dengan korang. Dah tuh la neh main tarik-tarik muka pulak. Muncung sebatu leh pergi. Menggambarkan yang dia memang ada tak puas hati dengan korang. Tapi biasalah, tu kan adat bila orang merajuk. Perempuan pun sama. Lagilah panjang mucung tuh leh sangkut macam-macam. HAHA.






TENGOK TV SAMPAI LEWAT MALAM.
bagi ifin sendirilah, ifin memang suka tengok tv sampai larut malam. Kadang-kadang tak tidor sampai ke pagi.. HAHA. Dah adat, lelaki memang suka tengok tv sampai lewat-lewat malam terutamanya bila ada bola. Tapi kalau dia dah tengok rancangan tv yang bukan feveret dia, itu pebenda maknanya? Maknanya dia tak ikhlas tengok tv! Mata ke tv tapi hati ke lain. Korang kena alert ni! HAHA.






KUO UMAH TANPA MENTION APA-APA.
kuo malam? Jadi kupu-kupu malam? Jadi batman? HAHA.. i loikeeeeeeee... look here, bila lelaki keluar umah senyap-senyap tanpa beritahu ke mana destinasinya, itu tandanya dia tengah memprotes sesuatu. Kaw janganlah tanya ke mana dia nak pergi sebab dia tak akan jawab punya. Lebih parah lagik kalau kaw kena marah dengan dia. Naye kan? HAHA.






HENSET DIA “0FFLINE”.
bila lelaki tengah marah atau bengang atau jiwanya terganggu, janganlah kaw gatal-gatal call dia dan cakap benda remeh-temeh. Memang kena hentak lah skali! HAHA. Biasanya lelaki tak suka diganggu time jiwanya tak tenteram. Dan lantaran itu dia akan off kan henset dia dan akan bagi alasan macam-macam seperti bateri kong atau henset tiba-tiba gila.. HAHA aku tau lah sebab aku pernah buat macam tu! Bukan apa, bila dah majok-majok neh, macam malas pulak nak dengar suara atau berbalas sms. Pergilah mam kan.. HAHA.






HISAP ROKOK.
rasanya sehari boleh habes 2-3 kotak rokok. Isap macam setahun dua tak pernah jumpa rokok. Saikonya, dengan isap rokok ni boleh amankan pale hotak yang tengah serabot pikir pasal benda majok-majok ni. HAHA.



***********************



 sesekali men majok-majok neh besh jugak.
tapi kalau dah kerap mcm rimas lh pulak.
so, pandai-pandailah nak majok-majok.
Related Posts with Thumbnails