HOLA~

| Monday, February 9, 2009 | |
SALAM PERKENALAN.
Assalamualaikum... Hola~
Tanggal 070209...blog aku tercipta.
Dah lama sebenarnya aku nak hasilkan blog ni.
Tapi memandangkan ilmu blog aku masih cetek, maka lambatlah ia terhasil.
Ditambah lagi dengan kesibukan kerja, lagilah ia menyumbang kepada situasi tersebut.
Dengan terhasilnya blog aku ni, aku nak berterima kasih kepada 'tenaga pengajar' aku.
Sape?
Dialah penunjuk arah blog aku,

dialah pencetus idea blog aku,
dialah pereka blog aku,
dan dia adalah adik kandungku...
adik bongsu aku,
adik yang sangat aku sayang,
adik yang banyak membantu aku,
adik yang selalu buat aku tergelak tersenyum,
adik yang suka 'cakap mantol' dengan aku,
adik yang kerap 'gado-gado manja' dengan aku,
dialah adik aku, Mohamad Faiz.
Thanx a lot bro~ By the way,let me intro myself 1st.
You can call me ifin.
Tahun 2009 ni menunjukkan umur aku makin bertambah.
Aku dilahirkan pada tanggal 09 November 1980.
Status buat masa ni masih single
bcoz perkahwinan tu bukan suatu keutamaan bagiku buat masa ni.
Insyaallah akan menjurus ke arah itu tapi later.
Bukan menolak Sunnah Nabi tapi aku perlu dahulukan apa yang perlu didahulukan.
Walaupun aku anak sulung & bebanan 'menamatkan zaman teruna' terletak di bahuku,
tapi aku ni jenis open minded.

Bukan apa, kalau ada di antara adik aku dah 'gatal', go ahead.
Ada aku kisah?
Istilah 'langkah bendul' tiada dalam kamus kehidupan aku.
Dah sampai seru kan, jalan dulu...wa takde hal.
Yang penting b4 depa melangkah setapak lagi dalam arus kehidupan,
diorang dah faham apa itu PENGERTIAN PERKAHWINAN!
Memang la jodoh maut kawin cerai itu takdirNya
tapi kalau boleh kita jangan menghampiri yang tak best.
Kena bijak mengatur langkah agar tidak mengundang anasir-anasir
yang boleh menggalakkan perkemabangan
'virus perceraian' tu.
Kalo betul-betul dah faham pengertian perkahwinan tu, jalan.
Tapi kalo masih samar-samar suam kuku, baik jangan.
Sebab perkahwinan itu bukanlah SEKS SEMATA-MATA!
Seks memang penting dalam perkahwinan sebab ia adalah penguat ikatan perkahwinan...
tapi kena ingat!

SEKS adalah perkara KEDUA!
Perkara pertama adalah MAKNA PERKAHWINAN itu sendiri.
Kalau tak faham perkara pertama macam mana nak faham perkara kedua?
Kalau perkara kedua didahulukan,
alamatnya perkahwinan itu hanya
bersandarkan 'MAIN' semata-mata!
Confirm la bercerai!

So, depa kenalah menuntut ilmu dulu.
Jangan nak ingat SYIOK je!

Ok enuf about that.
Berbalik kepada aku.
Aku dilahirkan dalam satu keluarga yang cukup sederhana.
Tidak terlalu berhata & tidak pula terlalu papa kedana.
Alhamdulillah, aku dapat membesar dengan cukup sempunra.
Aku amat berterima kasih kepadaNya kerana menciptakan aku.
Aku sangat berterima kasih kepada abah & mak aku kerana 'sudi menghasilkan' aku.
Kalau tidak kerana cinta abah & mak aku,
aku tidak akan dapat menikmati apa yang aku ada sekarang.
Besar pengorbanan mereka dalam membesarkan aku.
Insyaallah, sayang aku kepada mereka tidak akan pernah pudar.
Dah lama aku berjanji...aku akan jaga mereka sampailah nafas mereka ditarik balik olehNya!

Sisipan kepada
IBRAHIM JAFFAR
&
NAJIZAH MOHD SALLEH
...

Both of you adalah satu anugerah dariNya yang tidak ternilai.
Along sayang abah...
Along sayang mak...
Insyaallah, segala jasa pengorbanan, penat lelah
abah & mak
akan Along balas walaupun tidak sesempurna mana.
Bila adik-adik aku dah berumahtangga kelak,
kalau la diorang 'tak dapat nak jaga' abah mak...
ALONG SANGGUP JAGA!
That's why aku kena cari calon isteri yang boleh
'menerima ketuaan' abah mak aku tanpa muka yang bertalam-talam.
Kalau tak dapat terima abah mak aku, lupakan aku.
Bukan nak kata aku ni anak mak atau anak bapak
sebab aku tak dapat rasa semua tu melainkan adik-adik aku.
Tapi sekurang-kurangnya, dengan 'bukan calon feveret' inilah
aku dapat menjaga mereka dalam meniti waktu-waktu senja...


Aku anak sulung dari 5 beradik.
Aku lahir 1980.


Angah aku lahir 1983.

Nombor 3 lahir 1987.


Yang ke-4 lahir 1988.


Dan last but not least...lahir 1991.


Erm...enuf la pasal aku.

1 comments:

the artist Says:
February 1, 2010 at 9:51 PM

u have used my watercolor. it's fine. but can you tell me what you have written about it?

Related Posts with Thumbnails