| Monday, February 9, 2009 | |

~KENALI DIRI MELALUI NOMBOR LAHIR~

Kenali diri anda melalui nombor lahir anda.
Tapi jangan percaya sangat, ini hanya ramalan.
Kalau betul pun mungkin hanya kebetulan je.

Contoh:
9 November 1980

9 + 11 + 1980 = 2000

2 + 0 + 0 + 0 = 2

(Jadi nombor lahirnya ialah 2)



Keterangan nombor lahir 1.
Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
* Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
* Golongan ini merupakan yang paling jujur & boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
* Mereka suka mengambil inisiatif & suka menjadi yang terbaik, kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
* Perkara yang perlu dipelajari: Idea & pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona, Judd, Nancy, Reagan, Requel Welach



Keterangan nombor lahir 2.
Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
* Mereka selalu memikirkan & peka terhadap keperluan & perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
* Secara semulajadi sangat analitikal & suka mengikut gerak hati.
* Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka & berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
* Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.



Keterangan nombor lahir 3.
Ceria

- Golongan yang idealistik.
* Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik & mudah dibawa berunding.
* Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
* Mereka suka orang lain gembira 7 sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
* Mereka sangat popular dan idealistik.
* Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jodie Foster



Keterangan nombor lahir 4.
Konsevatif
- Golongan ini sangat peka & tradisional.
* Mereka sukakan arahan & sesuatu yang rutin.
* Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
* Mereka suka bekerja keras & sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
* Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar & merasai pertalian dengan alam sekitar.
* Mereka berupaya untuk bersabar, tekun & adakala dianggap degil.
* Mereka harus belajar untuk lebih fleksibel & bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan



Keterangan nombor lahir 5.
Perintis

- Mereka adalah perintis.
* Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu & suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
* Mereka perlukan kepelbagaian & tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
* Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti & mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.



Keterangan nombor lahir 6.
Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
* Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka sangat suka untuk membantu & menjaga seseorang.
* Mereka sangat setia & boleh menjadi guru yang terbaik.
* Mereka suka seni muzik.
* Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
* Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah & apakah yang tidak boleh diubahnya.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn



Keterangan nombor lahir 7.
Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
* Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi & mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
* Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
* Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan & kadangkala bersendirian.
* Mereka gemarkan perkara yang berteknikal & berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
* Mereka sangat suka berahsia.
* Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri & mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana



Keterangan nombor lahir 8.
Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
* Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik & sangat tegas.
* Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat & suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
* Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
* Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.



Keterangan nombor lahir 9.
Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
* Mereka sangat penyayang & pemurah.
* Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua & pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
* Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
* Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah & menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
* Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
* Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.




Sekian.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails