LAST DAY SALINA . . .

| Wednesday, February 11, 2009 | |



SAAT-SAAT TERAKHIR KU MELIHAT MU SALINA . . .

Hari ni aku sebenarnya dah rasa tak sedap badan.
Perut pulak meragam memanjang.
Rasa mcm salah mkn.
Ditambah lagik aku baru dapat tau
ada pertukaran jadual waktu yang baru.
Pergh...kelam kelibut aku ke hulu hilir
semata-mata nak update kan jadual.
Pulak tu bila aku tengok je jadual baru tu
memang lawak antarabangsa habis!!
Dah la guru-guru berterabur bertukar kelas,
kedudukan kelas yang datang ke makmal pun
dah jadi mcm ferri dilambung ombak!
Dan yang paling aku bengang sebengang-bengangnya
tiada bengang yang sebengang bengang aku...
jadual tu bertahan sampai end of February!
Pergh...memang main line panas!
Sebab Mac nanti ada intake guru yang baru.
aku tak paham la depa ni...isy3...

Dah la aku tengah bengang, ditambah pulak dengan
berakhirnya era kegemilangan seorang gadis bernama
Salina Abu Bakar kat sekolah aku!
Pergh...memang layan zasss terus jem pale hotak aku...



Salina ni seorang staf kat sekolah aku.
Staf kat pejabat.
Ina Cayunk aku ni dapat naik pengkat.
Up cket lagik mangkok setingkat.
Tahniah la untuk Ina Cayunk aku ni...
Akhirnya dapat jugak membuktikan bahawa
nasib manusia ni tak kan sama je sampai kiamat!

Dia masuk kije lebih kurang ja sama dengan aku
tapi dia dulu...
25 April 2003 dia join the club...
Pastu on 01st October 2007 dia jadi
sebahagian warga sekolah aku.
Kehadiran dia wa cakap sama lu kan...
memang memukau...
Dengan lemah lembutnya...
sopan-santunnya...
anak sapo la ni...
dengan ayunya...
bertutur pun berlapik bagai...
berselisih terbau perfume mahal...
pokok pangkalnya menghampiri perfect la.
Kenapa aku cakap camtu?
Sebab yang tak menjadikan dia perfect
adalah disebabkan...
INA CAYUNK AKU DAH DIIKAT!
Melepas! kah3...
Tapi pasni aku tak dapat lagik nenok dia.
Aku nak nenok Suzanna la pulak! kih3...




Tapi aku takde la kemaruk tarak hengat.
Aku tak kisah pun status dia dan aku pun x kacau.
Yang penting, setiap hari aku datang kije,
dapat nenok je muka dia...tenang hati aku...
dapat nenok je senyum dia...sejuk jiwa aku...
dapat nenok je dia jalan...dup dup dup jantung aku...
Ya Allah...sesunggugnya Kau telah menciptakan
1 ciptaan yang sangat indah!
I like!

Disebabkan status dia menjadi batu penghalang, cess...
aku cuma anggap dia sebagai ADEQ CAYUNK jelah...
Tak salah kan abang sayang adeq...
tak dose kan abang sayang adeq... kih3...




Walau apa pun, aku doakan agar Ina Cayunk aku ni
berbahagia di tempat yang baru...
semoga semakin matang dalam berkerjaya...
semakin ayu...
Tahun ni gak dia akan SAH DIIKAT secara rasmi,
so aku doakan yang terbaik untuk Adeq Cayunk aku ni...

Jangan lupa aku sudah...aku sekeh kang!




~SELAMAT TINGGAL SALINA~


0 comments:

Related Posts with Thumbnails