MIMPI KUH

| Saturday, February 28, 2009 | |
Semalam ifin bermimpi...
Mimpi yang betul-betul mimpi.
Mimpi yang seperti realiti.
Mimpi yang telah membawa impak besar.
Merubah segalanya...

Berkecamuk mimpiku.
Sana sini pelbagai situasi.
Hujung situ membawa satu kisah.
Di hujung sini mengendong cerita berlainan.
Dalam mimpi ku keliru.
Mana satu harus dituju.
Pilihan mana harus diburu.
Argh . . . !!

Tetapi, apa yang ifin perhatikan...
diperhalusi dan disimpulkan...
'tema' mimpi adalah LOVE.
LOVE? Kenapa LOVE?
Ifin pun tak pasti mengapa
'tema' yang tak konkrit tu menerpa tiba-tiba.

Dalam mimpi, LOVE tu mencerminkan 1001 wajah.
LOVE . . CINTA . . SAYANG . . KASIH . .
sama perginya makna tersurat.
Tetapi bila ia dicampur gaulkan dengan 'rasa' lain
& diuli sampai sebati...bagaimanakah natijahnya?
Adakah kita akan tetap memanggilnya dengan nama yang sama?
Apakah kita masih rasa ia seperti mula-mula ia hadir?

SIMPATI . . KESIAN . . SEDIH . .
SAYU . . HIBA . . DENDAM . .
HIPOKRIT . . PEMBOHONGAN . . TIADA KEIKHLASAN . .
PURA-PURA . . BERLAKON . . KEBENCIAN . .

Masih samakah rasanya?
Ifin keliru...buntu hala tuju...
Dibuatnya begitu...salah...
Dibuatnya begini...silap...
Tidak berbuat apa-apa...salah & silap...
Jadi bagaimana?
Apa harus ifin buat?
Mimpi neh memang satu penyeksaan !!

Rasa LOVE tu dalam mimpi ifin
menggambarkan macam DADAH!
Dalam mimpi ifin terjebak.
Terperangkap dalam skop
yang indah khabar dari rupa.
Memang indah pada mulanya.
Ifin tersenyum.
Ifin bergembira.
Ifin menikmati saat-saat dengan hati yang riang.
Damai. Aman. Bahagia.
Pagar-pagar sepanjang perjalanan semua indah.
Kukuh. Cantik warnanya.
Walaupun terselit duri-duri di celahan pagar tu
tapi ifin abaikan...
teruskan perjalanan LOVE tanpa menghiraukannya.
Alhamdulillah...ifin bahagia.


Tiba-tiba, mimpi berubah wajah.
Hilang sudah kebahagiaan tu.
Suddenly ifin berada di tengah-tengah lorong.
Lorong yang gelap tanpa cahaya.
Lorong yang penuh dengan rasa kesamaran.
Kelam. Nur tiada.
Mimpi tu menceritakan ifin keseorangan tiba-tiba.
Semua yang ifin kecapi lenyap dari pandangan
tanpa memberikan sebarang tanda.
I'm alone over there...
Only me, me, me & myself.
Ifin menjerit.
Memanggil beberapa nama.
Tetapi tidak disahut.
Diam. Sepi. Hening.
Ke mana semua menghilang?
Seakan-akan kenikmatan ditarik oleh Tuhan.
Why? Why? Why?
Kenapa ia berlaku?
Ifin tak suka!
I Hate this situation!
Gosh...i'm blank!
Please guide me My Lord...


Sedang termangu-mangu tu, tiba-tiba ifin tersedar.
Lamunan terhenti.
I'm awake dude!
Lega rasanya keluar dari mimpi ngeri tu.
Ifin mengusap muka.
Menggosok mata.
Teraba-raba dalam kegalapan.
Aik? Masih gelap? Masih samar?
Kelam masih berterusan!
Ifin melihat ke kanan.
Ke kiri. Depan. Belakang.
Argh...mimpi masih memerangkap kuh!!
Apa ni? Ifin tak suka!
Keluarkan aku dari nightmare neh!
Tolon... Tolon...
Help... Help...
Somebody please...
Argh...


Ifin confuse...mimpi jenis apakah neh?
Ifin bermimpi dalam mimpi?
What the ???
Ifin menjerit...tapi tanpa suara.
Ifin bersuara...tapi tanpa kata.
Ifin nak berkata-kata...tapi tanpa jeritan.
Ha? Ifin bisu? Mana kotak suara kuh?
Ya Tuhan...adakah ini satu lagi kenikmatan yang Dikau mahu tarik semula?
Please give it back to me!
I need it to shout!


Ifin menangis...
Ifin sedey.
Ifin pilu.
Ifin sayu.
Apakah dugaan neh?
Pelik sunggoh ia menimpa kuh!
Ifin nak nanges.
Ifin mencari bahu...mana?
Tidak kuh jumpa bahu untuk menumpang air mata...
Ifin menangis sendiri.
Memikirkan apa lagik yang bakal hadir.
Tapi...tapi...
Kenapa air mata tak mengalir?
Ifin cuba keluarkan titisan...tapi...
Gosh...tiada air mata di kala kesedihan?
Apakah maksud semua neh?
Bolehkah ifin bersedih tanpa air mata?
Perlukah ifin menangis tanpa titisan kejernihan tuh?
Ifin menyeka mata...
What the ??
Kerak-kerak terbit di bawah mata!
Seperti padang luas yang kemarau.
Luas dipandang tetapi tiada air!
Owh...rupa-rupanya air mata ifin masih ada.
Ifin menangis tanpa aliran air mata
tetapi wujud laluan aliran tuh.
Alhamdulillah...


Suddenly ifin berada dalam satu medium.
Ruang yang tiada warna.
Hanya putih, hitam dan kelabu.
Ifin perhatikan keluasannya.
Semakin ifin perhalusi, ifin tidak nampak apa-apa.
Kosong. Empty. Nol.
Secara tidak sengaja ifin terpandang sesuatu.
Cermin!
Yess...pasti di situ ada sesuatu.
Ifin berlari ke arah cermin. Jauh rupanya.
Bila ifin sampai, memang betul...cermin.
Cermin yang tergantung tanpa bingkai.
Tanpa dinding, kayu, batu yang menyokongnya.
Ha? Apa neh?
Satu laluan ke dimensi lain ka?
Ifin sentuh.
Betul...ia masih cermin.
Ifin belek depan belakang.
Masih cermin.
Tanpa disangka, mengalir air di cermin tuh!
Terpercik di sana sini!
Isy...apa neh? Pelik sunggoh!
Ifin perhatikan air yang mengalir tuh.
Dari perlahan alirannya ke sangat deras!
Medium yang kosong tadi tuh
tiba-tiba penuh dengan air!
Banjir!
Tolon... Tolon...
Ifin tidak pandai berenang!
Ifin pasti mati kelemasan.
Somebody...please help me!
Hellllpppppppppp . . .


Sedang cuak menguasai jiwa,
ifin dilontarkan pula ke another space.
But this time, space tuh terlalu sempit!
I can't move!
Sikit pun ifin tak dapat bergerak.
Satu suara tiba-tiba kedengaran.
Ifin panik!
Suara yang tidak berpenghujung berbicara.
Mengatakan ifin masih diperangkap!
Kalau tadinya air menguasai ifin,
kini ruang pula memenjarakan ifin.
Suara itu memberitahu air yang banyak tuh
adalah imaginasi ifin.
Ia tidak wujud sebenarnya.
Ifin yang membayangkannya...kata suara tuh.
Suara tu kata lagik...itu adalah air mata ifin.
Yang mengalir tanpa henti kerana tiada kehendak
dari ifin untuk menyekatnya!
Kali neh ifin terperangkap dalam satu space.
Dalam kepingan-kepingan gambar tu ada ifin.
Ifin di mana-mana.
Ifin di sana.
Ifin di sini.
Ifin di situ.
Kepingan-kepingan gambar yang bersatu.
Menyatukan ifin!
Owh...no wonder la I can't move walaupun setapak!
Gosh...apa lagik neh!
Keluarkan aku!!
Siapa kau nak kurung aku?
Siapa aku untuk kau kurung??
Let me out!
KELUARKAN AKUH!!!


Dalam ifin menjerit, ifin dilontarkan
ke padang yang luas.
Toleh kiri kanan.
Lihat depan belakang.
Ifin seorang.
Yelah...takut jugak sorang-sorang kat padang kosong neh.
Kot-kot tercampak dalam padang Jurassic Park ke kan...
Ada mampos nyawa ifin melayang dek kena baham!
Tiada siapa...
Tiada apa...
Ifin menjerit la!
Memanggil Tuhan!
Bersuara kepadaNya.
Bertanya kepadaNya.
Berbicara kepadaNya.
Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Bila?
Tiada jawapan . . .


TITIT... TITIT... TITIT...
Ifin terdengar satu bunyi.
Perlahan ifin buka mata.
Masih samar. Kabur.
Cuba lagik dengan menggosok mata.
Gelap.
Mata ifin menerawang ke sana sini.
Ifin berada di dalam bilik ifin.
Ifin suka!
Haip...jangan suka dulu! Hati ifin mengingatkan.
Ifin bangkit.
Meraba. Merasa. Melihat.
Yess!!
Akhirnya mimpi pelik tu sudah tiada!
Ifin dah bangun...yeyeh...ifin dah bangun...
Terus ifin switch on the light.
Kelegaan mutlak menyelubungi rasa.
Ifin mencapai N73 ifin yang bakal ditukarkan kepada N82 tuh.
Jarum sudah ke angka 6.
Penat rasanya tidoq...
Lelah ke sana sini tanpa hala tuju.
Semput tanpa jawapan yang pasti.
Ifin duduk semula.
Cuba mencari jati diri.
Mencari apa makna mimpi yang bertandang.
Banyak memberikan inspirasi sebenarnya pada ifin.


Suddenly, terbayang sau ungkapan.
Ungkapan yang pernah dilayangkan oleh seseorang.
Seseorang yang amat bermakna dalam hidup ifin.
Bukan keluarga.
Bukan rakan-rakan.
Tapi seseorang itu adalah dia.
Dia pernah membisikkan pada ifin,

Life is like piano.
White keys are happy moments.
And black keys are sad moments.
But remember both keys are played
together to give sweet music...


Ungkapan tu berlegar-legar di kotak minda ifin.
Yes...ifin masih ingat ungkapan tu.
Dia telah membisikkan ia
pada tanggal 04.01.2009
jam 11.59 pagi.


Memang ada betulnya kata-kata dia.
Setiap sesuatu tuh diciptakan berpasangan.
Adam dan Hawa.
Baik dan Buruk.
Cantik dan Tak Cantik.
Putih dan Hitam.
Ada pro & kontranya.
Putih dan hitam bukanlah warna.
Ia tidak berwarna...tidak berasa.
Kita yang mencorakkannya.
Kalau kita mahu ia ceria,
kita warnakan dengan happy color.
Kalau mahu ia hiba,
taburkan sad color padanya.
Pokok pangkalnya terpulang pada kita.
Kita yang menentukan kehidupan kita.
Kita yang decide apa yang akan berlaku pada kita.
But of coz dengan perkenan dari Tuhan.


Tapikan SETAN selalu nak menyebok!
What Do They Care ??
Find the answer yourself!


Kadang-kadang ifin serabut gak.
Serabut memikirkan a lot of things.
Ifin dah tahu hala tuju ifin ke mana.
Ifin tahu apa yang ifin buat.
Sumtimes apa yang ifin buat tuh
orang tidak hargai.
Niat kuh murni tapi sering disalah ertikan.
Tujuan ifin suci tapi selalu disalah anggap.
Ifin bukan minta dibalas.
Tak terdetik sedetik pun di jiwa ifin
menuntut segalanya dibalas.
Ifin lakukan ikhlas..
Sumtimes ifin amik berat tentang seseorang
tapi dipandang sepi.
Seolah-olah ifin neh nak MENYEBOK je!
But listen here dude!
WHO THE HELL YOU ARE!!

Ifin cuma amik berat je
bukannya nak tentukan perjalanan hidup muh!
Dah, stop about that!
I hate it!
Noktah!


But wanna tell the truth...
IFIN TERINGIN NAK CUBA THINGS
yang kat bawah neh . .
Kah3...


Oklah end here sat.
Ifin wanna seek some fresh air...
I need to brainwash my pale hotak again.
Kalau tak, korang mesti tak kenal
WHO I WILL TO BE!

AKU PUN TAK SUKA KALAU AKU JADI 'AKU YANG KE-2'
sebab another side of me is EVIL!

Take care dude~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails