SEDEY ...

| Friday, February 20, 2009 | |

Ifin tak tau nape tetiba hari ni ifin rasa mcm nak nanges...tapi xlah sampai nanges betol-betol...nanges dalam hati i guess...banyak sebenarnya yang menjadi faktor penggalak kepada perasaan ifin time ni...banyak perkara yang harus ifin fikirkan & perhalusi...ifin sememangnya mahu mencari seseorang atau sesuatu untuk berkongsi apa yang ifin rasa...tapi selalunya ifin akan tetap bersendirian...

Ifin bukan mahu bongkak kerana tidak mahu berkongsi denganNya tetapi ifin mencari makhluk yang sama dengan ifin. Selalu ifin perdengarkan kepadaNya tentang permasalahan ifin. Kerap ifin menangis padaNya.

Apa yang ifin rasakan sekarang ni adalah satu kekosongan jiwa & minda. Orang tidak akan faham siapa ifin, apakah cara ifin, bagaimana life ifin...kalau ada pun yang rapat, masih tetap tidak mampu mengenali ifin sepenuhnya. Ifin terbaca trankripsi di dalam zodiak Scorpio dulu & ifin mengakui ifin ni memang unpredictable. Orang susah nak faham ifin. Tetapi yelah, tak kan ifin nak paksa sumorang faham ifin...sumorang pun ada hak untuk tidak faham kan...

Dalam diri ifin ni berkecamuk pelbagai rasa, pelbagai personaliti...suatu ketika dulu ifin pernah rasa...ifin ni bukan ifin! There's sumone inside me...sumting inside me...yang menentukan apa yang ifin buat. Dulu masa ifin masih mentah, banyak yang ifin alami. Tekanan, bebanan, kekosongan, keseorangan...sume yang ifin rasa pernah menjurus kepada penamatan riwayat! Tapi syukurlah Dia masih menyayangi ifin & mahu ifin teruskan kehidupan walau apa pun yang terjadi. Alhamdulillah...



Tekanan tu memang menghantui ifin sejak di usia kurang dari setengah jagung. Memang tersaiko & jadik hampir gila...tapi ifin try to face it...alone...nobody besides me...nobody yang guide me...i'm alone! Alone Single Creature! Ifin mempunyai sejarah yang berbagai. Ifin pernah rasa diri ifin terbuang. Ifin pernah rasa diri ifin tersisih. Dipandang sinis. Dihukum atas dasar hakikat yang bukan ifin minta. Kadang-kadang ifin rasa tiada keadilan dalam perjalanan hidup ifin. Memang saiko! Ifin pernah kemurungan. Tidak tahu hala tuju. Tidak pernah kenal apa itu erti KEPERCAYAAN & KESETIAAN!



Bila difikirkan kembali corat-coret perjalanan hidup ifin dari kecil sampailah sekarang, memang melucukan & memilukan. Orang di luar sana tidak tahu kenapa & mengapa ifin jadi begini & begitu. Orang di luar sana hanya faham kenapa & mengapa air mata ni mengalir di pipi tetapi tidak faham intipati air mata itu. Orang di luar sana hanya mampu tersenyum apabila melihat ifin berjaya meraih sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana pedihnya + sukarnya + pilunya ifin untuk merealisasikan realiti ifin. Orang tidak tahu...sumorang tak tahu...hati ifin je tahu, jiwa ifin je yang merasa...naluri ifin berbicara tanpa kata...



Hati? Ifin memilikinya. Tapi kenapa perlu hati ifin dilukai? Mengapa ada tuntutan hati ifin perlu dikecewai? Kenapa? Mengapa? Adil ke hati ni disakiti sedangkan hati orang lain ifin jaga sebaik mungkin? Adil ke? Perlu ke adil tu? Disebabkan hati la, ifin pernah merana. Disebabkan hati la, ifin pernah memeranakan orang lain! Salahkah? Adil bukan sama-sama rasa merana? Haha...itu hanyalah bisikan syaitan ke telinga ifin suatu ketika dulu dan ifin telah pun menysalinya & menerima balasanNya. Itu baru adil namanya.



Disakiti? Ifin pernah disakiti. Dilukai. Baik secara fizikal mahupun mental. Fizikal disakiti? Huh...amalah perit. Sangatlah memilukan detik-detik itu apabila dikenangkan semula. Ifin tidak pernah lupa kepada dia yang pernah sakiti ifin secara fizikal. Never! Ifin tetap akan ingat sampai bila-bila. Dendam padanya? Erm...era tu sudah pun berlalu, jadi tiada elemen dendam yang tersemat. Ifin doakan agar dia temui jalan yang luhur.

Disakiti mental? Selalu...secara tidak sedar. Ifin tidak pernah marah. Ifin tidak pernah merasa diri ini dibuli! Tapi anasir-anasir seperti parasit itulah yang makin membuatkan ifin kuat untuk meneruskan hidup. Ifin tidak akan mudah putus harap. Cuma yelah...kadang-kadang ifin perlukan seseorang untuk berkongsi luah rasa. Memang ada tetapi kehadirannya macam bulan...menjelma di waktu malam, menghilang pabila mentari tiba. Macam vampire kan! Terima kasih la kepada 'kupu-kupu malam' yang sudi mendengar & cuba memahami apa yang ifin sampaikan. Kadang-kadang terasa gak sang kupu macam hipokrit, tapi tidak mengapa lah...asalkan ifin ada tempat mengadu.
Noktah!


0 comments:

Related Posts with Thumbnails