X-PERIMENT KENCING

| Tuesday, February 10, 2009 | |

Tarikh : 10hb. Februari 2009
Hari : Selasa
Masa : 0730 - 0850
Tempat : Makmal Biologi


EXPERIMENT KENCING

Naik je dari cuti panjang ni, rasa mcm malas nak datang kije...mmg cukup malas. Tapi disebabkan ada experiment KENCING, aku gagahkan gak ler diri untuk datang punch card. Hari ni aku kena datang awal sebab CIKGU CEMERLANG BIOLOGI ( bakal...amin... ) request nak buat experiment ni.




Dulu dah sukses buat experiment bedah-bedah, kali ni buat 1 lagi experiment yang menguji tahap kekuatan & kekebalan deria baru...sebab KENCING ITU HANCENG!!! Ces...




Sekali lagi kelas feveret Makmal Biologi, Form 5SN menjadi teraju utamanya. Kelas ni ada 20 students, terbahagi kepada pelbagai kaum...masyarakat majmuk. Daripada 20 ketol itu, dibahagi pula menjadi 4 groups.

1 nama dipetik dari setiap group, mewakili jajahan masing-masing...untuk dijadikan bahan uji kaji yang tidak memudaratkan tetapi agak memualkan. Inilah nama-nama mereka yang mempunyai semangat cintakan matapelajaran BIOLOGI:
1) HAIROOL IHSAN
2) NURUL FATIMAH
3) KEE KAI QI
4) ARIFFIN





Depa ni memang baguih...selain menurut perintah, depa merupakan pelajar yang cemerlang gemilang terbilang. Sanggup menerima paksaan. Kalau ada ANUGERAH DARJAH KEBERANIAN yang tidak membawa gelaran apa-apa, aku dah anugerahkan kat depa. He3...




4 ketol ni kena datang ke makmal aku seawal pagi yang mungkin. Yang lain tak diperlukan. Datang pagi untuk memulakan acara sukantara depa.




1) HAIROOL IHSAN - MINUM 500ML AIR SULING
2) NURUL FATIMAH - MINUM 500ML AIR SULING
3) KEE KAI QI - MINUM 500ML AIR SULING
4) ARIFFIN - MINUM 500ML AIR SULING

Terkulat-kulat aku tengok Imah nak habiskan 500ml tu. Si Erol sekali tegok! Haus bebeno dia. Anak sapo la ni... Kai Qi & Epin menten slumber katak perabihkan...

Pastu, depa kena kencing. Kena tadah dalam SILINDER PENYUKAT 250ML. Bagi yang jantan senang la sebab kasi taruh ja itu LADYBIRD! Tapi bagi kaum yang penuh dengan sifat pemalu, aku bagi bikar untuk ditadah & pastu kasi tuang ke dalam silinder penyukat tu.

Hasilnya tidak memberangsangkan sebab kencing-kencing depa ni ciput je. Almaklum, masa mandi pagi b4 pi skolah, dah memancut banyak kan...em...em...em...

Pas dah tadah, 2 students diberi minum air suling & 2 students lagik minum air garam. Depa terima dengan redha walaupun hati mengatakan, "owh...tidaaaakkkkkk..."




1) HAIROOL IHSAN - MINUM 500ML AIR SULING
2) ARIFFIN - MINUM 1000ML AIR SULING
3) KEE KAI QI - MINUM AIR GARAM 0.09%
4) NURUL FATIMAH - MINUM 500ML AIR GARAM 5%

Korang dapat imagine tak bagaimana perubahan reaksi muka Kai Qi & Imah bila diberi air garam tu? Pergh...wa cakap sama lu, muka memang tak nak hengat woo...terkemut-terkemut nak habiskan air garam. Nak-nak Imah yang kena 5% air garam! Muka dah naik biru merah hijau kuning aku nenok si Imah tu. Cian pun ada tapi tak dapat den nak tolon...ha, tulah...sape soh volunteer? Kan muka dah macam cipan terkemut-kemut! Har3...




Pas sessi ni, depa kena tunggu selama 45minit. Cukup je time, depa kena tadah laik kencing! Pergh...wa cakap eh, kantong depa memang superb luas permukaan! Hak3...

Ni aku ada upload beberapa pics masa hari kejadian...korang nenok ler...geleman aku!



~ SALAM BIOLOGI ~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails