THINK ABOUT IT!!

| Friday, March 27, 2009 | |

Salam.

Bicara kali neh berkisarkan kepada soalan...

“KE MANAKAH HALA TUJUKU?”.



Umum menyedari bahawa dewasa neh terlalu banyak option yang diberikan, yang terbentang luas di depan mata untuk kita pilih, mana satu pilihan hati. Terpulang kepada kita untuk memilih & menentukan jalan mana yang kita harus tuju. Ke kanan ka? Ke kiri ka? Ka depan? Atau ke belakang? Hidup kita adalah percaturan kita, hak kita untuk mencalitkan warna apa yang kita suka.



Walau bagaimanapun, kita perlu menyedari bahawa dalam kita mewarnakan tembok-tembok kehidupan kita, akan ada parasit + bacteria + virus + kulat yang turut bersama-sama menyemarakkan hala tuju kita tuh. Bila mana kita mengakui hakikat tuh, seharusnya kita persiapkan pertahanan diri. Sebab parasit & yang seangkatan dengannya akan bertindak sebagai penghalang cita-cita & pemusnah impian, seterusnya akan menidakkan realiti daripada direalisasikan.



Sedari awal kita perlu meletakkan diri kita di level mana selayaknya & perlu dibontoti dengan strategi. Dewasa neh, ramai yang leka terutamanya golongan kita yang merupakan koloni terbesar tetapi memiliki pencapaian yang ‘kecil-kecil’ saja. Sebenarnya kita perlu kembali kepada basic thing. Sesuatu yang besar tidak akan datang sekiranya tidak wujud dalam medium yang kecil. Pokok yang bagak besar melantun tinggi melambai-lambai tidak akan menjadi begitu sekiranya ia tidak ditunaskan dari kecil…dibaja & disiram sejak kecil. Manusia yang menjadi manusia sekarang neh tidak akan dapat menjadi manusia yang betol-betol manusia sekiranya sejak kecil tidak ditanamkan aspek-aspek manusia.



Perlu diingat, kejayaan tuh tidak menjamin yang kita akan menjadi manusia. Lumrah kejadian manusia, bila dipuji…bila dikurniakan kenikmatan yang berganda-ganda & berturut-turut, hati akan dikaburi…penglihatan akan di kaburkan…pendengaran akan disayupkan…pemahaman akan dikucar-kacirkan…



Dalam konteks pelajar, isu neh sebenarnya memberikan impak maksima. Siapakah pemimpin kita kalau bukan datangnya dari pelajar dulu? Siapa orang kenamaan kita kalau tidak menjadi pelajar sebelumnya? Sebenarnya dari sekolah lah yang akan menentukan hala tuju kita. Pelajar kita sekarang LEBIH BANYAK BERMAIN daripada BELAJAR. Dulu & kini cukup berbeda. Boleh dibezakan dengan seadilnya dua zaman neh. Dulu telah membuktikan bahawa kita sememangnya mempunyai pelajar-pelajar yang boleh manjadi manusia. Tak perlu takut untuk membanggakannya kerana ‘hasil dulu’ sudah cukup terbukti di depan mata kita. Tapi zaman kini, belum tentu akan sama seperti dulu. Kalau wujud pun spesis neh, kuantitinya mungkin dapat ditakburkan tetapi dari segi kualitinya? Adakah kualiti akan seiring dengan kuantiti? Berpijaklah di bumi yang nyata…jawapannya adalah TIDAK!!



Pelajar dulu disarankan untuk belajar, dipaksa datang ke sekolah menimba ilmu, dikejar dengan rotan bersaiz bapak balak jika ponteng. Sekarang? Disaran secara lembut, jawapan diterima sangat bersahaja tanpa semangat, “yelah…”. Dipaksa datang ke sekolah, hasilnya pemberontakan secara halus…natijahnya, kenakalan di sekolah memang sah-sah tahap cipan gilller kentang, melawan cikgu, homework tak buat, akhirnya ponteng kelas & cabut sekolah. Tapi kalau dirotan walaupun hanya sehalus pensel, kesannya sangat menyakitkan hati…kereta dicalar, tayar dipancitkan, cermin kereta diretakkan…

Ditelan mati tercekik diluah mati tertampar!



Matlamat apa yang pelajar kita sematkan? Dari pengamatan ifin, pelajar kita sekarang neh tidak bermatlamat. Tapi ifin tak menafikan kewujudan pelajar yang ada matlamat. Tapi kuantitinya hanya sepertiga saja daripada keseluruhan. Ramai yang leka, lalai & amik mudah soal pelajaran neh. Tidak terfikir, “aku nak jadi apa eh bila dah besar nanti?”. Ifin bukan nak menuduh atau mengutuk, tapi hakikatnya peralatan yang dibawa ke sekolah bukannya buku! Sebaliknya, dengan megahnya membawa majalah-majalah, hp, psp, sikat, cermin & yang sewaktu dengannya. Lupa agaknya tempat yang dituju setiap hari tuh adalah sekolah! Pale sewel agaknya menyamakan sekolah tuh dengan tempat rekreasi awam!



Pergi sekolah tidak mahu belajar. Sudahlah malas nak belajar, homework yang diberi tidak dibuat. Dah ler malas, buat bising pulak. Bila ditegur & dimarah, keluarlah sikap kurang hajo nye. Nak jadi apa sebenarnya pelajar-pelajar kita neh? Makhluk-makhluk camni lah yang akan mencacatkan environment dunia…kalau mati awal, takpelah jugak. Masalahnya hayat di tangan Tuhan. Jika dipanjangkan nyawa dengan produk yang entah apa-apa neh, gelap masa depan dunia! Golongan-golongan neh la yang akan menjadi parasit tuh. Merekalah virus tuh. Bakteria tuh depa la siapa lagik!



Kalau kurang pandai, tuh tak mengapa. Tak salah. Tak berdosa. Sebab kepandaian tuh bukan penentu ‘jadi orang’ untuk masa depan. Tak pandai takpe, asalkan bila dah besar nanti jadi orang. Neh dah la tak pandai, bila dah besar jadi penyangak pulak tuh! Pening pale nak letak golongan neh katne pada masa akan dating. Pelajaran tiada, kemahiran pun kejap ada kejap hilang…camna nak buat tuh? Kalau ifin la, hantar je masuk hutan biar jadi tarzan @ tarzanita, kwn dengan natang-natang dalam tuh.



Lagik satu yang ifin dok peratikan depan neh…dah ler malas nak belajo, bercintan-cintun pulak tuh! Memang la hak untuk bercinta tuh hak masing-masing…tapi lu piker la sendiri. Kalau bercinta tuh makin memperbaiki mutu pelajaran it’s ok, tak menjadi masalah. Tapi kebanyakannya, bercinta tuh tak selitkan langsung pelajaran. Bercinta seolah-olah dalam dunia neh hanya ada “kau dan aku” ja. Berkepit sana tersepit sini. Pegang sana pegang sini. Tersentuh sana menyentuh sini. Lagak macam dah kawin nikah main bagai. Kadang-kadang tingkah depa neh sakit aku tengok! Meluat! Menyampah! Gedik!



Dah la tak pandai, pastu berasmara dana sana sini. Nak jadi apa? Ifin bukanlah nak menentang naluri untuk bercinta tuh…nak bercinta sukati mak bapak korang la…ada aku kisah?? Yang aku kisahnya, cara korang bercinta tuh! Leka je, lalai je, syiok je…hidop mcm dalam citer dongeng…happy ever after! Hello, bullshit dude! Cuba bukak mata tuh, tarik telinga tuh luas-luas, korek lubang idong tuh besar-besar, basuh otak tuh bersih-bersih…tengok keliling korang…orang lain berjaya, hidup senang-lenang tapi korang? Nak kije apa kalau pelajaran takde? Kalau ada kemahiran tuh boleh la carik makan sana sini. Takde kemahiran…belajo tak pandai…nak jadi apa? Perompak? Peragut? Pembunuh upahan? Kongsi gelap? Hello guys…open your eyes!!



Setiap individu tuh Tuhan dah tetapkan jalannya. Tuhan dah suratkan akan jadi apa. Tuhan dah siratkan nasib bagaimana yang akan diterima. Kita neh manusia, ada pale hotak…jadi piker la! Kalau kita neh pemalas, tak nak berusaha…jangan kata Tuhan tak akan tolong, nasib yang baik pun tak akan jadi kawan kita! Paling koman pun, kita ada matlamat, kita ada tujuan, kita ada cita-cita…



Cinta & cita-cita tu berlainan entiti tapi tak salah kalau kita bawak kedua-duanya seiringan…cuma perlu kena gayanya, perlu kena masanya. Kita tahu kemampuan kita. Agak-agak tak mampu bawak kedua-duanya serentak, bawak satu dulu. Dan bila bawak satu tuh, bawaklah cita-cita dulu. Cinta tu bawak kemudian takpe. Insyaallah, cinta tu akan datang sendiri tanpa dipaksa. Cita-cita membawa kepada cinta, insyaallah kita akan hidup dengan selesa. Cinta tanpa cita-cita, tak tenteram kita dibuatnya.



Justeru itu, tak kira sape la…pelajar ka, mak bapak pelajar ka, cikgu ka, staf sokongan ka, sumenya memainkan peranan yang sangat penting. Tanpa salah-satu tuh, akan pincanglah percaturannya. Tapi bila kejayaan dah dikecapi, jangan dilupakan salah satu tuh sebab semua ada peranan. Mesti dihargai.


1 tujuan dalam 1000 matlamat.

1 kebenaran dalam 1000 kepalsuan.

1 yang teristimewa dalam 1000 teman.

Namun,

1000 yang tak diketahui dalam 1 rahsia.


Maka carilah rahsia untuk menjadi manusia yang berguna. Carilah teman dalam mengharungi perjalanan kehidupan. Carilah kemanisan kebenaran walaupun kita terpaksa menelan pahitnya. Dan carilah seberapa banyak matlamat sebab kita hidup hanya sekali. Yang penting kita enjoy dengan apa yang kita buat.



************************




~ Peace No War ~


ifin tidak mahu memaksa untuk berjaya

tidak juga mahu mengawal gerak geri kejayaan

tapi ifin mahu kejayaan yang tiada paksaan


0 comments:

Related Posts with Thumbnails