AKU SAYANG DIA!

| Friday, April 17, 2009 | |



hola~
erm...ari neh ifin tak tahu apa yang sedang bermain di benak fikiran ifin neh. bercelaru. berkecamuk. berserabut nak mampos! rasa seolah-olah jiwa neh kosong secara tiba-tiba. rasa seperti dunia neh macam berhenti berputar mengikut laluannya. ifin cuba mencari apakah puncanya. ifin perah pale hotak neh mencari apakah faktor-faktor yang leh membuatkan hidup ifin neh berantakan sejak dua menjak neh.


lately, ifin terasa ditinggalkan. bukan kena tinggal dek kekasih hati yang curang. bukan kena tinggal dek bas express. tapi ifin telah ditinggalkan oleh orang yang ifin sayang. mati? idok ler sampai mati...cuma dia meninggalkan ifin tanpa sedar & tanpa bicara. ifin pun tak tahu nape. ifin cuba perhalusi apa salah & silap ifin tapi tak ketemu hujung pangkalnya.


family kan ada? yes, that's correct. family ifin masih ada. tapi dalam konteks yang berbeza. family tetap family. family tak akan tinggalkan ifin & begitu jugalah sebaliknya, ifin tak akan tinggalkan family ifin...walau dalam apa jua keadaan, ifin tetap bersama family ifin...sebab bagi ifin, tanpa family ifin, ifin tidak akan dapat kecapi apa yang ifin ada sekang neh. family ifin tidaklah sebesar mana...cuma ada 7 orang sahaja. my abah, my emak, my angah, my alim, my ila & my faiz... sumenya penting dalam hidup ifin. kalo nak dibalas jasa abah & emak yang telah banyak berkorban untuk ifin, beliv me that ifin tak akan mampu untuk membalasnya walaupun sampai ke akhir hayat. cuma apa yang terdaya ifin mampu lakukan hanyalah buat yang terbaik untuk membahagiakan depa...mewujudkan suasana yang cukup kondusif.


tapi dalam ruang lingkup luar daripada family...ifin memang terasa sangat sunyi & sepi. bukan tiada kawan. bukan tiada teman. bukan juga tiada sahabat. sume tuh kalo dijumlahkan sedari ifin berusia 6 tahun sampai la neh, memang cukup ramai. kalo dicoretkan nama-nama mereka, sudah tentu habis tinta habislah lembaran.


ifin mencari kebahagiaan yang sejati. rasa yang sangat bermakna dalam hidup ifin. feel yang buley membuatkan life ifin tenang. tapi terus-terang ifin katakan, ifin belum ketemu dengan apa yang ifin cari. ifin akui ifin sentiasa mencari matlamat ifin tuh, tapi kan...bila sudah hampir kepada hala tuju tuh, ifin akan tersungkur...tersadai tanpa dapat berpaut di mana-mana dahan sekalipun!


ifin akui ifin neh begitu mudah memberikan sayang kepada orang yang ifin anggap sangat istimewa di mata ifin, di hati ifin, di dalam life ifin. kadang-kadang ifin bertindak seperti 'orang yang bodoh' dalam memberikan rasa tuh. tapi bagi ifin tiada istilah 'orang yang bodoh' dalam memberikan perasaan tuh. sebab rasa itu terlalu suci untuk dibodohkan. cuma kadang-kala kita yang diperbodohkan. ifin akui juga ifin terlalu memberikan segala apa yang diminta oleh orang yang ifin sayang. harta bukanlah satu persoalan yang berat. sebab ifin tidak menekankan harta dalam pemberian rasa tuh. ifin lebih menumpukan kepada perkara yang lebih abstrak, yang tidak nampak oleh mata kasar.


sedari awal ifin belajar apa itu erti sayang, ifin sudah pun meletakkannya kepada tempat yang sewajarnya. ifin berterima kasih kepada A****I kerana mengajar ifin erti sayang tuh. ifin rugi kerana tidak dapat rasa kenikmatan sayang tuh di peringkat bertatih. ifin merasainya sewaktu ifin berada di alam kampus. based on internal factors, ifin hanya baru dapat merasainya waktu tuh. ternyata macam satu ketagihan memberi & menerima sayang neh. kalo tak memberi, ifin akan sentiasa mencari-cari. kalo tak menerima, ifin akan rasa seolah-olah dunia neh tak sempurna yang hakiki.


buat masa neh, ifin teramatlah sayang kepada dia. serius ifin katakan yang ifin sangat menyayanginya lebih dari ifin menyayangi diri ifin sendiri. cuma sayang ifin tuh, ifin tak terjemahkan kepada penzahiran. tidak juga ifin membayangkan satu ikatan yang lebih kepada kekasih. ifin pernah kata dulu bahawa sayang neh universal. perkara yang sama ifin pernah zahirkan kepada Nureen Camelia, senior ifin sewaktu di kampus dulu. sayang neh tidak terhad kepada orang-orang tertentu, malah adalah lebih baik kita berkongsi rasa yang sama kepada mereka yang kita fikirkan layak menerimanya. Nureen Camelia pernah saiko pemikiran ifin bahawa asas kepada sayang adalah nafsu. ifin setuju dengan kenyataan tuh tapi perlu diingat bahawa nafsu tuh buley merosakkan sayang yang kita cuba bina. nafsu memang ada, kita tak buley menafikan kehadirannya dalam setiap inci diri kita sebab itu adalah satu cabaran yang dikurniakan olehNya untuk kita menguruskannya.


sekali lagik ifin katakan yang ifin sangat, sangat, sangat, sangat, sangat sayangkan dia. ifin mencuba yang terbaik untuk membahagiakannya. ifin berusaha untuk membuatkan kehidupannya sempurna. ifin sanggup berkorban apa sahaja untuk melihat dia tersenyum, rasa bahagia & terasa kewujudannya dihargai oleh orang lain. ifin pernah posting sebelum neh, ifin sanggup membahayakan diri sendiri demi dia. walaupun ifin mengalami kemalangan yang boleh menyebabkan nyawa ifin melayang, tak mengapa. bukan istilah 'mati syahid' tetapi 'mati demi orang disayangi'. tapi kalo buley janganlah sampai termati awal sebab ifin masih belum puas untuk menyayanginya. kalo buley biarlah nyawa ifin lebih panjang daripada dia sebab ifin nak menyayanginya sampai ke hembusan nafas dia yang terakhir. lepas tuh, hadirlah wahai malaikat maut, cabutlah nyawaku!


tapi ifin tak menafikan dalam menyayanginya, sedikit sebanyak hati ifin dilukai. sedikit sebanyak perasaan ifin diperkotak-katikkan. sedikit sebanyak jiwa ifin dicalar berkali-kali tanpa sedar. ifin akui ia sakit. ifin sedar ia memang memedihkan. ifin tahu ia sangat memeritkan. ifin makan ati. ifin terasa hati. jiwa ifin seolah-olah mati. ifin masih ingat kata-kata yang pernah senior kampus ifin lontarkan pada ifin. seniorita Mieda pernah berkata seolah-olah berdoa, "semoga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih".


yes...ifin memang bahagia tapi dalam masa yang sama ifin terasa hati! kekesalan tidak pernah terdetik dalam diri neh sebab ifin 'enjoy' dengan apa yang ifin lakukan. ifin rasa puas dengan apa yang ifin buat. maka, perkataan 'menyesal' tuh tak wujud sama sekali. orang luar mungkin kata, "kau bodoh!"..."kau sengal!"..."tinggalkan je dia!"... orang luar mungkin melihat air mata yang mengalir di pipi ifin neh sebagai tanda kekalahan ifin, melabelkan ifin neh lemah. tapi mereka tidak tahu & tidak pernah mahu / akan memahami apa makna tersirat di sebalik air mata tuh. kesedihan yang ifin tanggung akibat terlalu menyayanginya, itu adalah satu nikmat yang tidak terhingga...tidak ternilai. orang lain tidak dapat merasainya maka jangan cemburu!


walau apa pun terjadi, ifin tetap akan menyayanginya. walaupun dia sudah tiada 'rasa' pada ifin...walaupun dia sudah terlintas untuk membuang ifin jauh-jauh dari life dia...walaupun kehadiran ifin neh tidak lagik gah di matanya...takpa lah...itu hak dia. mungkin tika itu, dia sudah memiliki yang lebih sempurna dari ifin. biarkanlah...itu bahagian dia. cuma ifin akan tetap berada di tempat yang sama. ifin akan tetap setia di situ, tidak akan pernah berganjak walau selahzah sekalipun.


apa yang ifin beri, ifin tidak akan tarik semula. itu bukan konsep ifin. apa yang dah diberi, ifin meredhakannya. cuma ifin perlukan keizinanNya agar jangan lenyapkan rasa yang ifin berikan kepadanya. ifin merayu kapadaNya supaya membenarkan ifin hidup dengan rasa tuh. sebab bagi ifin, sayang ifin terlalu berharga & sangat bernilai. pedulik apa orang kata. jangan hiraukan pandangan luar. ifin akan tetap menjadi ifin. tiada siapa yang buley mengubah pendirian neh melainkan Dia tidak mengizinkannya.


sekali lagik ifin tegaskan di sini, IFIN SANGAT SAYANGKANNYA! ifin berharap apabila dia terbaca sahaja posting neh, dia akan menyedari bahawa kehadiran & kewujudannya sangat berharga pada ifin. tiada dua tiada tiga, hanya dia. sekalipun dia sudah muak dengan apa yang berlaku, apa yang telah berlaku & apa yang akan berlaku, ifin berjanji ia tidak akan berkekalan sebab ifin akan memberikan laluan kepadanya untuk meneruskan life dia tanpa kewujudan ifin di alam maya neh. itu janji ifin. sementara ada hayat di kandung badan ifin neh, selagi nafas masih mampu ifin hembuskan, selagik tuh ifin akan tetap menjadi ifin...menyayanginya sepenuh hati.


*************************



ifin hampir menuju ke destinasi.
kebahagiaan yang diimpikan masih tercari-cari.
semoga persemadian ifin akan diberkati.

3 comments:

rizz Says:
April 18, 2009 at 10:41 AM

syg lah org yg lebih menyayangi mu..

ifin Says:
April 18, 2009 at 12:13 PM

yes correct! ifin sokong! org yg syg kita neh lbh bnyk berkorban utk kita berbanding dgn org yg kita syg...

raihana Says:
April 27, 2009 at 7:27 PM

ifin.
everyone have this own love myb org kate 1 love yang susah tok di lupekan.saye pun macam tu.
but saye berpegang pade 2 bnda.
takdir n jodoh.
bile saye dah pegang 2 bnda tu saye
sentiase mengingatkn diri saye agar tidak menyayangi seseorg 100% wlpun kt mmg sayang die thap giban nye sayang.but saye akan sayang die sbnyk 70% and lagi 30% adalh untok diri saye sendri supaya bile kt kehilangan xdlah kt terlalu kecewa.


tu pendapat saye sahaja masing2kn ada pendapat sendirikn.
=)

Related Posts with Thumbnails