BTN BTN BTN !!

| Tuesday, April 14, 2009 | |


hola~
pagi neh ifin agak awal on9 blog neh...sebab pagi-pagi buta lagik ifin dah p jumpa doktor peribadi amik ubat...pastu dapat MC...bermakna ari neh ifin tak kije la...leh lepak-lepak...nak sambung titon jap lagik pun gerek gak kan...yelah selama 5 hari 4 malam ifin tak mendapat titon yang enuf kat kursus BTN...cian taw otak ifin neh, dikerah diperah ditarah...badan pun sengal-sengal neh...yang paling sadiz, ifin telah mengalami kekejangan otot sepanjang kursus tuh. maklumlah ifin kan 'agak tiada masa' untuk meluangkan masa di padang, keh3...


berbalik kepada kursus BTN neh, ifin telah dipanggil & ditawarkan oleh pihak kementerian untuk menghadiri & menjalani kursus BTN selama 5 hari 4 malam. sebenarnya ifin yang direct call kat kementerian mintak masukkan nama, keh3...bukan apa, ifin pernah ditawarkan BTN pada tahun 2005 tapi atas sebab-sebab yang tertentu, ifin terpaksa rejectshop offer tuh. siap fax terus borang jawapan ke kementerian time tuh. pastu tunggu punya tunggu...2006 berlalu, 2007 terlalu, 2008 dilalui...argh, ifin tak tahan dah...4 tahun nama ifin di'KIV'kan gara-gara menolak dulu. tahun neh (2009), ifin call terus & kebetulan ada kekosongan. so ke sana la ifin.


sebenarnya, kalo tak kerana nak anjak gaji, takde maknanya ifin nak pi BTN neh. yelah, ifin PTK dah lulus dapat 4-4, julai neh sepatotnya anjak gaji naik ke tangga P2, tuh yang apply tuh. erm, secara terbuka di sini ifin mengatakan yang ifin 'agak tidak berminat' dengan BTN. bukan kerana aktiviti lasaknya tetapi pengisiannya yang lebih kepada politik. tapi itu adalah pandangan pertama ifin sebelum menghadiri BTN neh. yelah mulot orang kan, bukannya leh ditutop. pelbagai stories yang ifin dengar pasal BTN neh. dan daripada kisah-kisah nusantara tuh la, maka terbentuknya satu pandangan yang 'agak kritikal' mengenai BTN.


masa memula ifin dapat surat tawaran tuh, ifin nenok jadualnya. mak ai, gilller kentang padat! nak kentot pun macam tak lepas, wakaka... but frankly speaking, memang sangat padat jadual atas kertas tuh. dari 9hb pendaftaran tuh sampailah ke penutup 13hb, memang agak memenatkan. tapi ada aku kesah? dulik pe kan, yang penting ifin dah dapat pi BTN. itu pandangan asal ifin... "ADA AKU KESAH??"


masa sampai ke tempat kejadian tuh, ifin nenok lokasinya agak terkedalam. kalo driving dari luar memang tak perasan la. sebab sekali imbas macam la kilang. kawasan sekitar pun kilang berlambak-lambak. ifin masuk & parking keta. angkatlah beg & yang berkaitan keluar dari keta. bila dilihat-lihat, macam nak lari dari umah pung ada! keh3... ifin terus menuju ke tempat pendaftaran. manusia pertama yang sambut kehadiran ifin adalah PAK NASIR. serius je muka dia. tak senyum langsung. macam nak bagi satu lempangan tahap aura dewa-dewa je kat muka dia. tapi ifin kawal emosi semula sebab tuh memang lumrah kepada siapa-siapa yang jaga meja pendaftaran. sebab masa kat universiti dulu ifin dah puas 'berlakon' macam tu kepada para peserta. saje je bagi gimik.


lepas daftar, ifin disuruh ke tempat penginapan. ingatkan satu bilik ditempatkan 2 orang ka 3 orang ka...sekali sampai ifin nenok...DORM! what the?? dia bagi dok dorm? dalam tuh ada 10 katil dabel-deker yang leh memuatkan 20 orang! mak ai...tak nak aku!!! lemas ler cam neh. tapi what the hell kan, ifin masuk je lah. masuk je dah ada dua spesis yang sama dengan ifin tengah mengangkang. baru sampai la tuh. tangan berjabat tanda salam perkenalan. nak kena buat bek neh, dok sama-sama 5 hari 4 malam...keh3...


ifin pilih katil. ifin tak kira, ifin nak katil bawah. atas? tak mo ler...gayat! keh3... at last ifin pilih katil yang agak berdekatan dengan toilet area. bukan apa, senang nanti tiba-tiba 'panggilan pulau' datang kan...terus je la lompat ke toilet area tuh, keh3... ifin kemas peralatan, masuk kan baju, perkakasan mandian...apa-apa yang patot la...pastu ifin pung ngangkang. penat. ha...korang jangan salah paham pulok. ngangkang yang ifin maksudkan tuh bukannya bukak kaki lebar-lebar kasi angin masuk lobang...tapi tu cumalah bahasa kiasan je, yang bermaksud baring. istilah tuh ifin dapat kat universiti dolu-dolu.


petang lepas asar ada taklimat pastu diikuti dengan sessi ceramah pertama pada malamnya. sok nye terus sambung dengan ceramah dua, tiga & empat. malam kedua LDK 1 terus mengambil tempat. malam kedua tuh kitorang yang seramai 87 orang telah dipecah & diperintahkan oleh fasilitator...ada 9 groups ke semuanya & ifin dapat group yang ke-4. ha, nak citer cket pasal grouping neh, ada kisah jenaka terselit. each group ada committee members around 9-10 orang. group aku ada 10 orang. yang menjadi masalahnya time grouping neh kan, fasilitator membaca nama setiap ahli dalam group tuh dengan lagu tema kumpulan. pastu kita yang seramai 87 orang tuh disuruh mencari ahli kumpulan tanpa bersuara. hanya menyanyi tanpa membuka mulot. what the??? dah ler ifin tak tahu lagu apa, tak pernah dengar pun. so, cuma nyanyi dalam hati je lah, tapi berbunyi gak ler...dah macam langau satu dewan tuh...pastu ifin ketemu ahli...tapi cuma ada 5 orang je...lagi 5 orang mana??? ifin nenok sume groups dah cukup. mak ai, neh yang tak besh neh...pastu tengah sebok-sebok fasilitator membebel atas pentas, kami yang berlima neh terpandang la ada satu group kecik kat depan dewan. ada 5 orang! adik pandang-pandang, abang jeling-jeling...aku tengok kau, kau tengok aku...takleh bersuara neh! lahabau betol! tuh group aku! pe lagik, mencecet la kami berlima menuju ke group lagi satu tu. ha kau, tergelak pecah perot satu dewan nenok lawak antarabangsa tuh! boleh pulak terpecah dua! ada ka patot...wakakakakakaka...


group ifin neh ada 'orang besau' taw...penghuluwati! ha, jangan memain. bakal-bakal runtuh dewan tuh! kah3... dalam group ifin tuh ada 6 bunga 4 kumbang. 5 daripada 6 bunga tuh dah pun bergelar isteri. yang sorang lagik tuh tengah menghitung hari nak menggatal, wakakaka... 4 kumbang sume lom nikah tapi kawin udah, ops terlebih sudah! keh3... 4 anak teruna la! sorang daripada 4 orang neh pulak pun sama macam satu bunga tuh, menunggu hari untuk bergelar 'jantan yang sudah hilang keterunaannya'...kah3...


group ifin dianggotai oleh hamimah selaku penghuluwati, sarimah (dia memang suka nyanyi lagu sarimah ibrahim neh, keh3...), eardawati yang sangat ayu orangnya, sally yang agak-agak manja suka menjeling-jeling sampai terjuling, kak zaidah de' seneorita, rabiah yang kecik molek agak-agak cumil macam gummy bear, azmir selaku ketua kumpulan, azlan yang ala-ala pendiam ilmu penuh di dada, zaidi yang takde isi & ifin yang ada isi, wakakaka...


sessi LDK dari 1-9 tuh memang besh di mata ifin. banyak mengajar ifin. banyak benda ifin belajo. a lot of things ifin dapat tau. perkara-perkara yang terselindung & diselindungkan pun ifin dapat tau. 9 sessi neh telah berjaya membuka 2 bijik mata ifin neh luas-luas tanpa menggunakan batang mancis. 9 sessi neh telah berjaya menyedarkan ifin bahawa kita sekarang neh sedang diancam & terancam oleh parasit-parasit yang sangat jaat!


terus-terang ifin katakan sume persepsi ifin terhadap BTN dulu SALAH sama sekali. rupa-rupanya selama neh ifin hanya hidup dengan conclusion yang tiada hujung pangkalnya. tiada kebenaran. memang benarlah kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta". setelah menjalani BTN neh, banyak meninggalkan kesan yang mendalam pada ifin. macam baby yang baru belajo nak bercakap & bertateh, macam tulah ifin...cuma bezanya ifin neh dah leh dikategorikan sebagai baby tua, wakakaka...


ifin tak mau berkongsi pengisian BTN di sini sebab tak adil bagi mereka yang masih lom pernah menyertainya. kalo ifin citer, dah tak gempaq la kan. bek korang pi sendiri, alami sendiri. cuma apa yang buley ifin kongsikan di sini ialah:

1) kita perlu sedar siapa diri kita
2) kita perlu sedar di mana kita berada
3) kita perlu sedar kedudukan kita di tahap mana
4) kita perlu sedar bagaimana kita nak berubah & mengubah
5) kita perlu sedar yang kita neh WARGANEGARA MALAYSIA
6) kita perlu berbangga kerana kita lahir di MALAYSIA.
7) kita perlu tahu sejarah penubuhan negara kita neh.
8) kita perlu tahu & faham apa yang telah berlaku di zaman atok nenek moyang dulu.
9) kita perlu menghayati perjuangan para pejuang terdahulu.
10) kita perlu mendalami makna sebenar kemerdekaan.



kita neh kira beruntung sangat-sangat sebab keluar je dari perot ibu, negara kita neh dah MERDEKA. celik je mata, sume benda dah ada di depan mata. kita hanya disuap 24 jam dengan ilmu-ilmu, harta benda, kesenangan, kemudahan dan sebagai de. kita tak pernah hidup di zaman sebelum kemerdekaan. kita tak pernah tau camna susah payah, jerih-perih orang-orang terdahulu mempertahankan hak tanah air. kita jangan lupa bahawa kita pernah dijajah selama hampir 450 tahun! korang hengat tuh tempoh yang singkat ka? sekejap ka? lama beb! lepas satu malaun menjajah, datang lagik malaun yang len. portugis, belanda, british, jepun pastu british lagik!


kalo nak diikut-ikutkan, la neh kita pun masih lagik dijajah! cuma bedanya, kita dijajah dalam medium yang lagik canggeh! secara halus...kita tak nampak tapi kita tak sedar kita dah pun melaksanakannya.


mau tidak mau, kita WAJIB mempertahankan negara kita dari sebarang ancaman luar & dalam. negara kita bergolak, kita war-warkan seantero dunia...hengat 'orang luar' bersimpati ka dengan nasib kita di dalam? orang luar tu dok pakat-pakat gelakkan kita tau idok??? ha, kita neh sebok nak kejar kepentingan peribadi, nak kumpul harta yang 7 keturunan tak abez-abez...tapi apa yang kita buat? apa yang kita telah buat? dan apa yang akan kita buat? tepuk dada tanya selera. tepuk dada tanya iman. tepuk kepala tanya otak. tepuk, tepuk & tepuklah kalo korang keberatan nak bertanya. wake up dude! bangun! udah-udah ler bermimpi di siang ari. jangan khayal dalam imaginasi. sebab tulah ifin cakap, REALISASIKAN REALITIMU!


kalo kita cakap kita nak berubah, kita harus berubah...tapi kepada kebaikan la. kalo kita kata kita nak mengubah, kita perlu mengubah apa-apa yang kurang enak didengar & dilihat. jangan biarkan kita ditindas. jangan biarkan kita dijajah dalam bentuk yang lebih global. jangan sampai maruah & kedaulatan negara kita neh tergadai & tercalar. apa kita mau lihat anak cucu cicit kita nanti hidup merempat di bumi sendiri? apa kita bercita-cita mahu memandang generasi akan datang hanya melukut di tepi gantang?? apa kita beriltizam mahu mendengar kuasa-kuasa jaat dunia mentertawa & menyindir kita???


bangkitlah wahai WARGANEGARA MALAYSIA!!! jangan kira sentimen perkauman. jangan amalkan budaya "kau adalah kau, aku adalah aku". itu tidak bagus. bersatulah kita, menyatulah kita untuk membentuk perpaduan bangsa & negara. tidak kira bangsa & kaum, masing-masing kena sedar bahawa sume sudah diberi keistimewaan & hak masing-masing. jangan tamak. jangan buta sejarah. mana-mana yang sudah ditetapkan jangan dipersolkan. perlembagaan jangan dicabar. masing-masing sudah perolehi apa yang sepatotnya. bersyukurlah! sebab apa taw, kalo ada pihak-pihak yang berani mencabar kedaulatan negara, mencabar perlembagaan negara...mempersoalkan itu & ini, percayalah yang kita tidak akan boleh BERBANGGA DENGAN MALAYSIA pada masa akan datang!!!


apa yang ifin nampak fenomena sekarang neh, sume hanya menuju kepada kepentingan peribadi. tidak bermatlamat untuk menyumbangkan jasa kepada negara. nawaitu dah silap doh maka tak hairanlah kalo tindakan pun tersilap percaturannya. kaum-kaum lain selain daripada bangsa Melayu jangan mempersoalkan apa yang tak patot dipersoalkan kerana setiap kaum sudah menikmati kesejahteraan. perlembagaan yang telah digubal dulu telah mengambil kira sume aspek demi menjaga keharmonian negara. kalo kita study buku perlembagaan tuh, kita akan sedar bahawa tindakan-tindakan mereka di luar sana yang sering mencetuskan provokasi sebenarnya tidak menggunakan pale hotak! tak berfikiran panjang! kotak pemikiran sempit! cuba kita "out of box". kita pikir untuk keamanan sumorang. apabila dicabar saja apa yang telah termaktub dalam perlembagaan, itu bermakna kamuh akan hilang hak-hak kamu yang selama neh dikecapi dengan bahagianya. baik bangsa Melayu mahupun kaum-kaum len, kita perlu bersatu jangan dok pakat-pakat gado 24 jam! sejarah dolu-dolu telah membuktikan negara kita aman dengan perkongsian kuasa. tanpa berkongsi kuasa, mana-mana kaum & bangsa tidak akan dapat hidup selesa yang hakiki. bangsa Melayu memerlukan kaum-kaum lain, begitu juga sebaliknya. justeru itu, jangan dok bertelagah...kita bersatu membentuk satu gagasan Malaysia yang ada pale hotak! Bertindak mengikut arahan bukan bertingkah mengikut perasaan! Think!!!


erm...ifin rasa cukup dulu buat masa neh. kalo diteruskan, abez blog neh ifin kerjakan, dek kerana semangat yang tengah berkobar-kobar a.k.a meluap-luap neh, keh3... ifin tak banyak snap pics time BTN sebab penggunaan HP adalah dilarang kecuali di dalam dorm & toilet. ni ada beberapa shot yang berjaya ifin tangkap...he3...


*************************




*************************



jadilah manusia yang berwawasan.
jadilah insan yang berakal.
jangan gadai maruah untuk personal interest!

1 comments:

Nazra~ Says:
April 14, 2009 at 2:56 PM

dlu rsa btn mmg tak best. skang dh hbis blajo, rsa best plak btn +.+

Related Posts with Thumbnails