DARI MISS MILIMILO~

| Wednesday, April 22, 2009 | |
1st comment untuk post ifin berjudul, "ARE YOU BITCH??" ifin terima dari miss milimilo. tindakbalas yang agak pantas dari seorang kaum hawa...he3... ifin dah agak mesti ada di kalangan kaum hawa akan menyuarakan pandangannya. it's okay, ifin accept it. lagipun masing-masing ada hak untuk bersuara rite.

tapi untuk mengelakkan kekeliruan, ifin tidak nyatakan sume wanita adalah sama seperti pompuan macam LIMAH. hanya dia yang begitu. di luar sana, sume wanita memiliki hati yang luhur, suci & bek ati. am i rite? jadi, sape-sape yang baca my post tuh, jangan cepat melatah kerana jika kamuh melatah, kamuh masih tidak faham intipati yang cuba ifin ketengahkan...lagi worst, kalo kamuh berperangai sama seperti LIMAH DE' DURJANA! ops, terlebey sudah...keh3...

dalam blog miss milimilo, ifin tertarik dengan satu post yang menceritakan ATTITUDE. ada kena mengena la dengan post ifin juz now. ifin mintak izin dari miss milimilo untuk berkongsi ilmu neh dengan para followers.


********************


If A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z is equal to 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


Then,

H + A + R + D + W + O + R + K
=
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + 15 + 18 + 11
=
98%.




K + N + O + W + L + E + D + G + E
=
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5
=
96%.




L + O + V + E
=
12 + 15 + 22 + 5
=
54%.




L + U + C + K
=
12 + 21 + 3 + 11
=
47%.


(None of them makes 100%).

Then what makes 100% ?
Is it Money? NO!!!!!
Leadership? NO!!!!!
Every problem has a solution, only if we perhaps change our "ATTITUDE".
It is our ATTITUDE towards Life and Work that makes OUR Life 100% Successful.

A + T + T + I + T + U + D + E
=
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5
=100%.


Now, can you see.
Attitude is everything.


********************

yeah, ifin setuju. segala-galanya bermula dari dalam diri kita. kalo attitude kita baik, maka penzahiran kita akan turut baik. jika attitude kita ikhlas, segala apa yang kita lakukan, segala apa yang kita luahkan, segala apa yang kita rasa & segala apa yang cuba kita ekspresikan...sumenya akan kelihatan ikhlas.

mungkin wajah dapat menyembunyikan attitude kita yang sebenar. tetapi harus kita ingat bahawa kita sebenarnya sedang bermain dengan permainan emosi yang biasanya akan dipengaruhi oleh zarah-zarah negatif. kita mungkin tidak sedar apa yang kita ungkapkan. kita juga mungkin tidak sedar apa yang kita sedang buat. bukan kita yang menilai diri kita dari aspek luaran...tetapi mata-mata yang melihat, telinga-telinga yang mendengar & hati-hati yang merasa yang akan judge sapekah kita sebenarnya. adakah attitude kita sudah boleh dikategorikan sebagai baik? atau boleh dikategorikan sebagai jahat? atau lebih teruk boleh dilabelkan sebagai munafiq? berpura-pura?

maka, tepuk dada tanyalah selera. tepuk dada tanyalah iman. tepuk dada tanyalah kepercayaan yang tersemat di dalamnya. tidak luak kita ber'attitude' baik mulia. tidak rugi kita ber'attitude' manis dipandang sedap didengar enak dirasa. tiada celanya jika kita miliki attitude yang disukai ramai & digemari umum. ifin pun tidak terkecuali. kita neh manusia biasa. tidak pernah terlepas daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. sama-samalah kita beringat & mengingatkan antara satu sama lain.

till then, adioz amigoz adiozza.



orang berbudi kita berbahasa.
orang memberi kita merasa.
tapi ifin terasa apabila tiada budi pekerti!

4 comments:

milimilo Says:
April 22, 2009 at 4:07 PM

wah,sepantas kilat kamu post entri ni ye..huraian sgt bermakan..hopefully ramai yg tak ambil ringan psl bnde ni :)

ifin Says:
April 22, 2009 at 4:25 PM

biasa la...kena pantas & tuntas...he3...

Kika Says:
April 22, 2009 at 5:53 PM

ya tiada cela nya ber sikap baik :D
I love this posting, saya suka kan attitude Ifin di dalam nya.

maisyara pot! pot! Says:
April 22, 2009 at 8:27 PM

uit??? ta phm lorrrr...
cmne ney???

ney tag ke???
amat pilik!

Related Posts with Thumbnails