WANITA MAHU APA SEBENARNYA?

| Saturday, April 25, 2009 | |


post kali neh agak 'berat' cket pengisiannya tetapi neh la fakta yang harus dihadapi oleh kaum adam macam ifin. bukan senang untuk berasa senang. setiap sesuatu tuh perlukan pengorbanan & penelitian yang begitu details, terutamanya apabila berhadapan dengan kaum yang bernama hawa. kadang-kadang kita sebagai lelaki perlu membuang 'EGO' kita untuk 'menangkap' wanita. membuang ego tuh adalah satu perkara yang agak kritikal bagi lelaki kerana ia telah lama bersemadi di dalam diri seorang lelaki. tidak salah kita beralah kerana beralah bukan bermaksud kita mengalah & kalah. cuma pendekatan yang diguna pakai memerlukan kehalusan budi bicara & ketelusan hati yang ditinta.




PATUT TAHU
apa yang wanita inginkan.



1) MEREKA MAHUKAN LELAKI YANG BERKEYAKINAN.
Keyakinan adalah kualiti pertama yang dicari oleh wanita dalam memilih pasangannya. Jangan jadi bodoh sombong, mengiyakan benda yang tidak dan menidakkan benda yang nyata. Jangan mudah berkata maaf kepada semua perkara. Bersikap realistik. Jadilah diri anda yang sebenar.




2) MEREKA MAHUKAN LELAKI YANG MAMPU MEMBUATKAN MEREKA BERASA "THE ONE & ONLY".
Sebagai contoh, anda membukakan pintu untuk si dia, berjalan di sebelah kanannya, menarikkan kerusi untuk si dia duduk dan apa saja dalam konteks "ladies first". Be GENTLEMAN, bro! Jika si dia berada dalam kesusahan, lindunginya. Be a real man and let she feel that she's the one and only.




3) MEREKA MAHUKAN LELAKI YANG ADA SIFAT SENSE OF HUMOR.
Mereka amat menyukai lelaki yang boleh membuatkan mereka tergelak ketawa dan ceria selalu. If you are dull, you are boring. Tapi Jangan pula lawak yang menjengkelkan dan membosannya. Be a real joker but not clowrf.




4) MEREKA MAHUKAN LELAKI YANG BOLEH MENJADI PENDENGAR YANG BAIK & MAMPU MEMBERIKAN NASIHAT YANG BERNAS.
Ramai wanita yang gemar complain atau bercerita tentang masalah yang mereka hadapi. Ada kalanya mereka hanya mahu mencerita, meluahkan apa yang terpendam tetapi tidak mahukan sebarang nasihat. Jika mereka memerlukan nasihat, pasti mereka akan memintanya selepas selesai bercerita. Walau sesibuk macam mana sekali pun, untuk menunjukkan anda seorang yang peka dan prihatin, dengarilah rintihan hatinya. Berusahalah menjadi a good listener, pasti dia akan menghargainya. And, women want their man to express his feelings and trust her with his intimate side. Real listening, with real intimacy, is rare.




5) MEREKA MAHU DILAYAN SEPERTI MEREKALAH WANITA TERBAIK DI DUNIA & TIDAK DAPAT DITANDINGI WANITA LAIN.
Bercerita tentang kisah silam terutamanya berkaitan dengan bekas kekasih anda bukanlah perkara yang disukai si dia. Lupakan kisah lalu. Biar si dia menjadi masa hadapan anda. Dan si dia mahu anda melayannya seperti dialah wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidup anda.




6) MEREKA MAHUKAN ANDA SETIA BERSAMA MEREKA.
Jangan sesekali cuba bercerita yang anda pernah menipu bekas kekasih anda. Si dia akan menganggap anda mungkin akan mengulangi kesalahan yang sama. Dalam erti kata lain, jangan menipu dan berlakulah sejujur-jujurnya. Sekali anda menipunya, seribu kali dia akan ingat dan sukar untuk mengembalikan kepercayaan itu pada anda. Anda perlukan kepercayaan itu untuk membina cinta yang sempurna dan kekuatan dalam perhubungan.




7) MEREKA MAHUKAN LELAKI YANG SENSITIF.
BENAR. Tapi Jika anda asyik memohon maaf (walau pun bukan salah anda) dan menangisi suatu perkara yang tidak munasabah, pasti anda akan di'reject. Sensitif bermaksud peka dengan perasaan dan emosi si dia. Sanggup berkongsi perasaan. Buktikan anda amat mengambil berat terhadap si dia (bukan mengongkong). Women want to be treated like a WOMAN. Not like a man. Respek antara satu sama lain. Wanita amat menghargai Jika anda juga menghargai mereka bukan sekadar sebagai pasangan tetapi sebagai seorang WANITA. NO MORE Mr. NICE GUY. Be a REAL MAN, not a sensitive NICE GUY.




8) MEREKA INGINKAN LELAKI YANG MEMPUNYAI CITA-CITA & PERANCANGAN.
Tapi pastikan anda juga berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut. Jangan sekadar berangan Mat Jenin dan cakap kosong saja. Buktikan yang anda bersungguh untuk menggapai impian. Jika anda tidak mempunyai perancangan hidup, lakukan sekarang. Pastikan anda ada Plan A, Plan B dan Plan C. Dalam memikat seseorang wanita, biasanya tahap keyakinan dan kesungguhan anda akan menjadi fokus utama mereka. Jadi, fikirkan dan laksanakan perancangan anda itu.




9) MEREKA MAHUKAN LELAKI BUKAN SEKADAR KEKASIH TETAPI JUGA SAHABAT.
Let her share her good times and problems with you. Be there, rather than just promising to be there. Tunjukkan sikap prihatin anda itu. Dalam waktu yang sama, anda boleh menjadi sahabat dan kekasih yang terbaik buat si dia. And remember, she need your shoulder to cry on.




10) MEREKA MAHUKAN CINTA, KASIH & SAYANG.
Biarlah ia seiring dan sejalan. Bersatu dan bergabung mengukuhkan lagi perhubungan dan ikatan yang terjalin itu. Jadilah pasangan yang ideal buat dirinya. Wanita bersifat lembut, jadi anda perlu tahu bagaimana mahu menarik perhatian si dia. Wanita mahukan lelaki yang tahu bagaimana untuk mengekspresikan cinta. Bukan yang obses terhadap cinta.




*****************



perempuan selalu berkehendak.
lelaki selalu berkeinginan.
bersatulah mewujudkan kenikmatan.

10 comments:

Felly McGory Says:
April 25, 2009 at 4:02 PM

setuju 100% dengan semua tu!
HAHA.
:D:D:D

rizz Says:
April 25, 2009 at 4:04 PM

sense of humor tu pnting hihii

amma92fashionism Says:
April 25, 2009 at 4:55 PM

in other word,,
woman is everyth' for man..
so,,sayangila gf or wife anda~
=))

gazyCristiano Says:
April 25, 2009 at 5:20 PM

Bro.. susah nak dapat 'hati'' diorg la.. susah!! Once u tried,u got hurt!!

greenieycactus Says:
April 25, 2009 at 5:49 PM

cool!setuju!perfect!

I n n z Says:
April 25, 2009 at 5:53 PM

wahh..
mane dpt neyh ?

^__^

greenieycactus Says:
April 25, 2009 at 10:08 PM

ifin camne awak buat kotak2 tu ek?

♥chentaMAYA™ Says:
April 25, 2009 at 10:55 PM

bag0s2!

Naz Says:
April 26, 2009 at 12:43 AM

yg last tu apa ya?? ;)

ifin Says:
April 29, 2009 at 7:31 PM

last apa?

Related Posts with Thumbnails