KORANG NAK STO~NE?

| Wednesday, June 17, 2009 | |


9 CARA
BAGAIMANA MENENANGKAN HATI.




1) OUT OF THE BOX
* kebiasaannya kita neh jarang mahu menerima perubahan. kritikalnya lagik bila mana kita terlalu jumud a.k.a taksub kepada sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan kita. kita perlu keluar daripada kepompong yang kita cipta sendiri. find something untuk merangsang kita supaya lebih kreatif, inovatif & proaktif. carilah suatu medium yang kondusif untuk kita menenangkan hati kita. tidak salah merasa janggal sekali sekala. tidak berdosa mencuba sesuatu yang lom pernah kita buat. fikir di luar kotak fikiran tidak akan dipandang jijik. banyak cara untuk menenangkan hati kita. ada otak kan...so think yourself & try to expose yourself to a new environment.



2) PERGI MELANCONG
* travelling? yezza...i like this part. berjalanlah selagi termampu. berlarilah selagi terdaya. melanconglah selagi punya hati & kelapangan. jauh atau dekat bukan persoalan. buruk atau cantik tempat tu bukanlah titik noktahnya. yang penting hati nan lara dapat didodoikan dengan bisikan melodi yang indah. yang penting hati yang berduka dapat dibelai oleh hembusan angin yang sangat mengasyikkan. yang penting hati yang menangis akan dapat dikucup oleh sentuhan hakiki yang mutlak. pergilah membawa diri seketika. bukan melarikan diri tapi cuma "pause" sebentar, beri laluan kepada hati yang satu untuk diubati & dibalut lukanya. carilah tiupan semangat yang baru. carilah bisikan bernadi yang suci. carilah usapan yang memberikan nafas baru dalam pengisian taman hati. tapi nak travelling neh jangan dibawa permasalahan yang ada. tinggalkan semua di sisi jalan. atau lontarkan sahaja semuanya ke dasar tasik yang tidak berpusat (itupun kalau pi ke tempat yang ada air la kan...). take your time for yourself. don't be rush to recover back your heart. please be strong. tak semua permasalahan tak boleh diselesaikan. give yourself a space to breath.



3) BEREDAR DARI TEMPAT KEJADIAN
* biasanya, kita ada tempat-tempat yang meninggalkan impak kepada hati. ada tempat yang banyak memberikan kita kenangan yang indah. tak kurang juga ada tempat yang banyak menganugerahkan kita igauan yang mendera hati. seboleh-bolehnya kita beredarlah dari tempat yang membuatkan hati kita berbicara sayu. bukan melarikan diri kerana ada orang pernah kata "masalah tak akan selesai kalo kita dok lari je". yess...that's correct! kita janganlah lari sebab kecelaruan hati tidak akan dileraikan sepenuhnya. angkat kaki & bawalah diri keluar dari tempat-tempat begitu. jangan di"blacklist"kan tempat-tempat yang tidak menyeronokkan tapi KIV lah seketika. selagi kita masih di dalam lingkungan medium yang mencalarkan rasa di hati, selagi itulah kita akan terus berada di takuk yang sama. hati kita tidak akan dibebaskan secara hakiki. buat apa nak menyeksa hati? sebelum nak jaga hati-hati lain, hati kita neh perlu diberi perhatian yang menyeluruh. sebelum nak dahulukan kepentingan hati-hati lain, pentingkan dulu hati kita. kalo kita dok menjaga hati-hati lain sedangkan hati kita merintih, apa kes? bicaralah pada hati, belailah hati, usaplah hati...katakan pada hati, I LOVE MY HEART, aku sayangkan apa yang aku rasa...



4) MENCARI MEDIUM UNTUK BERKONGSI
* sharing? this particular item memang sangat complex untuk dikupas & diterjemahkan secara zahir. tidak semua manusia yang berjiwa neh sanggup & rela untuk berkongsi apa yang tersurat di penzahiran, apatah lagik yang tersirat di balik jendela penzahiran. tapi perkongsian itulah sebenarnya yang dapat melepaskan ikatan kekusutan di hati. sharing itulah yang dapat realese tension & bebanan yang ditanggong & dipendam oleh sang hati nan lara. tapi perlu diingat! Berkongsi itu memang mudah tapi memilih siapa yang kita nak kongsi bersama, itulah kepayahan yang sebenarnya...kerana ketidakbergantungan seseorang itu kepada sesuatu akan menjadi titik persoalan adakah dia yang layak kita jadikan teman perkongsian atau pun tidak. silap percaturan, natijahnya sangatlah memilukan. silap perhitungan, kesannya sangat mendalam sampai ke akhir nafas. kita perlu kenal betul-betul insan yang terpilih itu. di dalam fahaman yang berpusat di gereja, perkongsian & penzahiran diluahkan yang diikuti dengan penyesalan di balik tirai kayu bersama-sama orang yang dipercayai. fahaman lain? anutan lain? carilah sehingga ketemu. jika tiada siapa yang boleh dipercayai, letakkanlah kepercayaan itu kepada Sang Pencipta Alam Semesta. Berbicaralah kepadaNya kerana pasti Dia lebih memahami...Dia yang mencipta Dialah yang Maha Mengerti. Tetapi sekiranya pencarian kita berjaya ke titik noktah, luahkanlah kepadanya. moga-moga dia boleh menjadi pendengar yang setia. semoga dia mampu menjadi penyelesaian. komunikasi dua hala sangat memudahkan daripada kita berbicara seorang diri. find yourself one & pegang dia sampai terlerai ke semuanya.



5) BERSAHABAT DENGAN DIARI
* walaupun hanya helaian demi helaian peneman siang malam, namun ia juga merupakan sahabat yang sejati. cakaplah seberapa banyak pun, luahlah seberapa pantas sekalipun...ia tetap setia menemani. kita menangis, ia melihat. kita merintih, ia memandang sayu. kita ketawa, ia tersenyum puas. pokoknya, dia memahami. tapi jangan sampai ia jatuh ke tangan yang durjana kerana kelam masa depan kita, punahlah segala jalan penyelesaian. bagi siapa-siapa yang tidak mampu untuk mencari perkongsian daripada manusia yang berjiwa, ini adalah jalan yang terbaik untuk meredakan kekusutan hati kecelaruan jiwa.



6) MELALAK
* bukan menangis ye. tapi menjerit dengan alunan yang kadang-kadang tinggi kadang-kala rendah ton suaranya. menyanyi...yess, kita berkaraoke!! jom lontarkan segala kedukaan bersama-sama suara yang sedap di dalam dunia rekaan kita. tak merdu? ke laut? pedulik kan semua itu! siapa yang membayar untuk karaoke? mereka ka? tidak kan...kita yang bayar, kita yang nyanyi...kita punya suka la wei!! malu nyanyi ramai-ramai? ha, dok la sorang-sorang dalam "juke box" tuh. pick a song for you. sing a song. lepaskan segalanya. jangan sampai suara hilang sudahlah, kang timbul pulok satu lagik masalah...menyusahkan doktor saja! nyanyi lagu yang kita tahu iramanya. nyanyilah lagu yang kita faham makna liriknya. jangan lupa lirik! yang syahdu, pilih saja lagu meruntun jiwa. yang kental, pilihlah yang memekak. apa sahaja yang dipilih, itulah pilihan hati kita.



7) MUHASABAH
* tepuk dada tanya selera. tepuk dada tanya iman. tepuk kepala tanya otak. tepuk hati bisikkan pada jiwa. perhalusi pro & kons nye. selami segala punca kecacatan rasa. selidiki semua kerapuhan emosi. jangan terlalu berat sebelah dalam muhasabah diri. jalan mudah, amik pen amik kertas. left side, write all your -ve & the another side, write your +ve. cari seberapa banyak yang dapat sehingga kita jumpa balancing dot. dengan cara ini, kita dapat mengenal siapa diri kita yang sebenarnya. kita dapat tahu apa sebenarnya yang kita mahukan. kita dapat menyedari apakah tuntutan hakiki sang hati. walaupun diri kita memang kita yang miliki, walaupun hati itu kita yang punya...but sometimes we don't know who we are. who am i? what am i? should be kita yang kenal siapa kita yang sebenarnya, bukan orang lain. orang lain tak akan tahu apa yang kita telah alami. memang mulut senang mengutarakan pandangan & penyelesaian but the real thing is...they do not know what we felt! hati kita, kita yang rasa. depa tak tahu. tahu hanya menyalahkan kita tapi tak tahu & buat-buat tak tahu kenapa kita boleh jadi begitu & begini. orang luar neh sebenarnya terlalu jumud dengan persepsi kalut di mana most of them tak berani "out of the box". kuno? yesss...itulah jawapan yang kita carik. mana yang termaktub dalam pensuratan, that's the fact. but try to look behind the fact dude!



8) BANYAKKAN AMALAN
* mana-mana kepercayaan, this is the most important thing to do. amal ibadat. amalan yang baik. mahmudah. yess...banyakkanlah amalan. persoalan ini terlalu sensitif untuk dibicarakan dewasa ini. tanyalah diri sendiri. jika amalan kita ikhlas, maka perjalanan hidup kita akan tenang. ask yourself about it.



9) PEDULIK PANDANGAN ORANG LAIN
* manusia neh is a creation yang sangat mulia tapi lemah! jatidiri lemah. dalam konteks neh, hati kita menjadi tak keruan, sedih, bercelaru, serabut & yang seangkatan dengannya apabila kita terlalu mendengar apa yang sekeliling kita cakap. penilaian kita adalah dari orang yang melihat kita. yess that's correct! but tak semestinya kita menerima bulat-bulat setiap pandangan orang lain. we are not suppose to swallow all others opinion. listen ok. adaptasi...that's we should tengok betol-betol. ada yang boleh acceptable, ada yang cannot. jadi bila hati sedang merintih, jangan dengar hati lain. listen to your heart. but we have to remember. ikut kata hati, kita akan mati. ikut kata rasa, kita akan binasa. ikut kata akal, kita memang berakal. jadi dalam menyelesaikan persoalan hati kita sendiri, hanya kita yang mampu. sebab hati tu milik kita. kita yang mencorakkannya. jangan sampai hati kita jadi kristal dek kerana pandangan orang lain. walaupun pandangan itu datang dari orang yang rapat dengan kita seperti family sendiri, but we have our own way to paint the heart. but for me,

HATI AKU,
AKU PUNYA SUKA LAH NAK BUAT APA!!



***************


ifin malas nak melayan perasaan orang lain.
sebab perasaan ifin tiada yang menjaganya.
i've my own life...my own heart.


2 comments:

♥chentaMAYA™ Says:
June 17, 2009 at 8:33 PM

thx k0ngsi bersama!
ifin!
kadang2 kte kena pentingkan dri sndri n xjg at 0wg laen!
sbb at kte da ter0k kene calar!
kan?
hee~

Eazy Izzuddin Says:
June 17, 2009 at 10:19 PM

bagus tips nih
xD

Related Posts with Thumbnails