AKU CINTA KAMUH~

| Wednesday, July 1, 2009 | |





orang yang menyintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia menyintai kamu. yang dia tahu di hati dan di matanya hanya ada kamu satu-satunya.






kekadang ada segelintir yg terjadi walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.






orang yang menyintai kamu selalu menerima kamu apa adanya. di hati dan matanya kamu selalu yang terindah walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.






orang yang menyintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.






orang yang menyintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care' & lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMS nya. kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.






jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.






orang yang menyintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. & saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.






orang yang menyintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan. bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya. berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya dan akhirnya kamu musnahkan? pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang menyintai kamu.






orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu, kesukaan kamu kesukaannya juga. walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.






kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbangkan tentang kamu, amik berat tentang kamu.






jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.






orang yang menyintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.






orang yang menyintai kamu akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.






orang yang menyintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.






jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu & jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’






orang yang menyintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.






orang yang menyintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).






orang yang menyintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf & tak akan melakukannya lagi.



*******************



menyerahkan hati mudah seperti dilafaz.
melafazkan kata hati lancar seperti bisikan bayu.
implementasi? tanyalah pada hati.

1 comments:

Kika Says:
July 6, 2009 at 8:06 PM

oh.
dalam hati...

Related Posts with Thumbnails