AKU KAH YANG SILAP PERCATURAN?

| Sunday, July 5, 2009 | |






hola~
tersurat yang tersirat, diekspresikan melalui penzahiran tinta yang tidak berdakwat. tidak berkesempatan untuk meluahkan secara terbuka, zahirlah dari batiniah seikhlas hati apa yang ifin rasakan sejak matahari mula meragui kehadiran sang rembulan & bebintang tidak menghiraukan hamparan permaidani yang kelam warnanya. hanya luahan yang tulus tercipta tanpa dipaksa. hanya layangan perasaan yang perlu disampaikan kepada yang mempunyai rasa yang tidak terasa. rasa yang tidak bertali arus antara ifin dan dia. ifin sayang dia tapi kadang-kadang ifin bengkek dengan dia.


i love you but sometimes i hate you.






hari neh entah hari ke berapa ifin mengenali dia & entah bulan ke berapa ifin melihat seraut wajahnya...tapi ifin tak kisah pun sebab ifin suka sangat melihat wajah dia. rasa rindu bila jauh dari dia...
tapi..






hari neh entah yang ke berapa kali ifin gaduh dengan dia & entah berapa kali sakitnya hati ifin neh dia dah buat & hari neh gak la ifin dah tak boleh tahan lagi..






kadang-kadang ifin rasa nak jugak sepak terajang dia tapi ifin tahu, ifin neh hanya manusia biasa, tak manis ifin buat camtu tapi tetiba ifin rasa ada benda panas kat pipi ifin...nangis? doeh, mana mungkin, tapi ada yang mengalir, wawawawawawa......






bila ifin dok sengsorang fikir masalah kita, ifin pening kepala tak tahu nak buat apa doh. sometimes ifin ada terfikir jugak, lebih baik ifin jadi insan penting dalam hidup dia, tiap-tiap hari boleh tengok muka dia. pepagi bangun dia dah ada kat sebelah ifin. tak payah pening-pening nak fikir dia dah makan ke belum.






kadang-kadang tuh kan, ifin nak aje pergi jauh-jauh. tak nak gaduh dengan dia. ifin cuba sangat tak nak gaduh dengan dia tapi napa ekh, dia suka sangat carik pasal dengan ifin? macam mana la plak kalau dia jadi insan terpenting dalam hidup ifin sok? mesti lagi susah kan? tiap masa dia nak carik pasal dengan ifin. sure tak cukup tangan kaki dia nak kira bape pasal yang dia dah carik! erm...dia memang dia...






tiga minggu lepas ifin baru je gaduh dengan dia. sampai ifin tak leh buat keje. air mata ifin neh asyik nak kuar je sampai jadi air liur kat mulut neh ha. sampai ada yang prihatin, panik nenok ifin macam tuh. sampai sume keje ifin dah tak leh buat.






seminggu yang lepas tuh ifin baik semula dengan dia. apsal ekh? sebab setiap hari ifin rindu dengan dia. nak nenok muka dia, nak nenok dia senyum. nak bau aroma terapi kat badan dia. ifin cuma nak bagitahu dengan semuorang dalam dunia ni. ifin nak share apa yang ifin ada dengan dia. dia tak tau sume tuh..






minggu lepas ifin cuba tak nak gaduh dengan dia. erm, okay la, so far so good. tapi kenapa beberapa hari yang lepas, dia sakitkan hati ifin lagi? hari neh lagi sakit. kalau boleh berdarah, berdarah doh la ne. kuar kat hidung, kat mulut.. ifin simpan je. senang je dia heret perasaan ifin ke hulu ke hilir sampai ifin blank!






la neh bila ifin fikir-fikir semula.. kenapa ifin tak blah je dulu. ifin menyesal tahap cipan! bila ifin fikir semula, dia tak nak nenok ifin, tak nak call ifin, tak nak sms ifin, tak nak kesian kat ifin.. ifin tahu doh dia kadang-kadang memang jerk tapi sayang punya pasal ifin lebarkan tangan ifin neh seluas yang terdaya trima dia semula. nyesal pun ada neh..






ifin terfikir kalau ifin ada duit lebih, ifin malas nak fikir panjang doh. ifin nak kawen je dengan dia. boleh kita share banyak benda sama-sama. fikir punya fikir, tak guna doh ifin rasa. ifin mula mencari sesuatu yang baru sebab ifin bosan tahap cipan. nak share apa yang ifin rasa dengan dia, nanti gaduh plak. ifin dah buat doh sehabis baik tapi kenapa dia sakitkan hati ifin huh! taon neh ifin plan nak adiahkan dia sesuatu time bufday dia. memang tuh niat ifin. sebab masa dia mula-mula nampak benda tuh, dia gembira sangat. ifin memang nak bagi dia. sampai ifin tak kisah pun ifin sakit tak pergi klinik asalkan ada duit belikan benda tuh untuk dia.






ifin dah halal doh pun makan minum dia masa kita sama-sama. ifin dah halalkan pun apa yang ifin bagi tu. ifin cuma nak bagitau sekali lagi...tolongggg jangan buat ifin cam neh!!! ifin minta maaf la. ifin salah jugak kot! manjakan dia sangat. mengharap nak mampos!






dia ifin anggap sebagai memori sebab ifin sayang sangat kat dia. buat ifin terfikir, ifin neh kadang-kadang sewel, syok sendiri je. mekasih la sebab dia ada amik berat time ifin sakit. mekasih la sebab dia ada temankan ifin time ifin perlukan teman bicara. mekasih la sebab dia belikan hadiah time bufday ifin walaupun lambat, tapi ifin suka. mekasih la.






sayang tuh boleh ubah sesuatu sekelip mata. ifin tetap ifin. akan sayang dia sampai bila-bila. walaupun dia ego untuk mengungkapkan rasa pada ifin. maybe dia malu. maybe dia geli. its up to you. ifin tetap ifin, macam ifin pernah cakap kat dia dulu...

luahan rasa penglipur lara ifin.





merenung jauh natijah perhubungan.
menyingkap tabir kesuraman jiwa.
mengharap hadirnya pelangi membelai rasa.

5 comments:

♥chentaMAYA™ Says:
July 5, 2009 at 8:55 AM

kuatkan hati.
kamu lelaki.

afzan;NA Says:
July 5, 2009 at 12:27 PM

chayok chayok ;)

Kika Says:
July 6, 2009 at 7:55 PM

I will say, go away. she's such a pain. love shouldnt hurt u. Ifin ngak butuh dia, dia jugak sama sekali ngak butuh kamu.

its obvious, pcaya saya.

yep.

(,")**JoSepH**(",) Says:
July 13, 2009 at 4:23 PM

mcm 2 la mnusia ne.. kadangkala kita mengharapkan ssuatu akan berhasil, namun belum sempat ia berbunga, panas terik telah menyebabkan ia layu. ingaT kata2 ne: "jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya.... nCe 2 KnOw u. sO i hPe i caN be Ur FriEnd. I'll HeLp U 2 ForgeT uR ProBleM..

(,")**JoSepH**(",) Says:
July 14, 2009 at 5:12 PM

Tiada gnanya kita mnyayangi seseorang jika dia x menyayangi kita... membuang waktu & mnyeksa prasaan kita sahaj. actually bnyak lg org d skeliling kita yang kita x sdar & ptut utk dsygi. kita sbenarnya buta utk mnilai org lain. i2la makanya, "jgn menyesali pd prtemuan. kerana melalui prtemuan, kita akn mengenali keburukan sseorang i2...""

Related Posts with Thumbnails