BICARA HATI SELINGAN JIWA~

| Saturday, July 18, 2009 | |





hola~
elo guys...camna life kamuh-kamuh la neh? everything okay? ifin harap sumenya okaylah. erm, ifin nak share sumting la with you guys... my blog's fwen named, joseph sent me this phrase...ifin suka apa yang dia komen, memang ada kebenarannya...


*********************






July 13, 2009 4:23 PM
"mcm 2 la mnusia ne.. kadangkala kita mengharapkan ssuatu akan berhasil, namun belum sempat ia berbunga, panas terik telah menyebabkan ia layu. ingaT kata2 ne: "jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya...."






yeah...seketika ifin terkelu memikirkan kesucian makna di sebaliknya. kita neh manusia biasa yang tak punya apa-apa. kita neh hanya ciptaan yang suci tapi lemah. kenapa ifin kata lemah? sebab kita miliki satu gumpalan yang berdenyut, yang terletak di dalam badan kita, yang menyerap segala macam rasa tanpa kita sedari. hati itu bukan kristal. abstrak. memang kita memiliki naluri untuk menyayangi & disayangi. itu lumrah alam. itu adat kitaran ciptaan. tidak kira jantina, tidak kira sexuality...sume memiliki rasa yang sama. cuma terpulang pada kita untuk mencorakkannya.






bila kita sudah mula menyayangi seseorang, kita akan cuba menjadi hipokrit. sedarkah kita bila mana hati mengatakan "itu" & bibir melayangkan kata "ini", dalam masa yang sama? bila mana kita sudah mula menyayangi seseorang itu, kita akan cuba sedaya mampu untuk menggembirakannya, melayan dia sepenuh hati, segala permintaan tidak akan ditolak, segala kemahuan akan dituruti...malah dalam sedar kita tidak menyedari yang diri kita sudah pun berubah, sudah melangkah satu lagi tapak ke hadapan iaitu ke dunia yang "sanggup disakiti dalam sedar".






sukar untuk kita menafikan kewujudannya, apatah lagik menidakkan kehadirannya. sayang itu suci, tak bersalah. kita yang menyayangi juga tidak berdosa. tapi orang yang kita sayangi itu sebenarnya yang tidak peka apabila tidak menghargai sayang yang cuba kita hulurkan padanya. salah siapa jika sayang tidak dibalas? salah kita kah yang menyayangi? salah dia kah kerana tidak peka? atau salah tuhan kerana menemukan kita dengannya?






apa-apa pun, bagi diri ifin sendiri la kan...benda neh bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijayakan. acapkali ifin merasainya, kerap pula ifin terluka. orang kata tepuk dada tanya selera tapi tidak pernah ketemu jawapannya di situ. "tidak menyesal dengan jalan yang dipilih"...itulah konsep yang ifin amalkan. sebab bagi ifin tiap-tiap sesuatu itu ada cabarannya, ada risikonya. high risk high return. jika betul hala tujunya, berbaloi-baloi hasilnya. jika ada tertempang sebelah kaki, harus terima jika hati dilukai.






July 14, 2009 5:12 PM
"Tiada gnanya kita mnyayangi seseorang jika dia x menyayangi kita... membuang waktu & mnyeksa prasaan kita sahaj. actually bnyak lg org d skeliling kita yang kita x sdar & ptut utk dsygi. kita sbenarnya buta utk mnilai org lain. i2la makanya, "jgn menyesali pd prtemuan. kerana melalui prtemuan, kita akn mengenali keburukan sseorang i2..."






this phrase ifin paling suka. pandai joseph, my fwen. yessss....yang penting kita jangan sesali apa yang kita pilih. jangan disalahkan pertemuan kerana itu adalah peluang yang diberikan kepada kita untuk merasa segala rasa. setiap pertemuan ada hikmahnya. ada istimewanya setiap pertemuan. dengan pertemuan lah kita akan berpeluang untuk mengetahui segala ilmu alam.






memang terseksa jika orang yang kita sayang itu tak berkesempatan untuk menyayangi kita seadanya. lebih terluka bila mana orang yang kita sayang itu tidak dapat menerima kita seadanya. lebih malang lagik, dia tidak pernah menghargai segala macam yang kita dah korbankan untuknya, malah tingkahnya kelihatan seakan-akan mengambil kesempatan sahaja. bila mana mata kita terbuta secara tak sengaja, kita tetap akan teruskan perjalanan yang berliku itu. kita sudah tahu apa natijahnya, tapi masih mahu mengambil risiko untuk meneruskannya, atas dasar "sayang yang suci" itu.






erm...sumtimes kita alpa, terlupa, terkhayal...bukan ada dia seorang sahaja di depan mata kita. malah di sekeliling kita ada ramai lagik untuk kita sayang. dalam masa yang sama jugak, ramai yang menyayangi kita tanpa kita sedar kewujudannya. itulah ifin cakap, bila mana mata kita terbuta...kita tak nampak yang lain. itu sume ada pada setiap manusia...ifin juga tak tertinggal sama, turut merasa rasa yang sama. cuma apa yang ifin leh cakap, perkara seperti ini perlu diberikan sedikit masa untuk diterima sepenuhnya. memang betul ada ungkapan, "kita perlu menyayangi orang yang sayang pada kita"...tapi dari aspek kemanusiaan, ia memerlukan suatu medium untuk direnungkan & dirasakan. bukan senang nak menyerahkan rasa sayang itu bulat-bulat kepada orang yang kita tak pilih untuk sayang walaupun dia menyayangi kita... erm, soal-soal sebegini sememangnya memerlukan pakar untuk membantu...keh3...






so, no string attached at all. ini hanyalah luahan ifin sahaja. apa yang terlintas di hati, ifin luahkan di sini. apa yang tergambar di fikiran, ifin zahirkan di sini. walaupun ifin sedar ada antara kita yang punya pandangan masing-masing, tapi ifin memikirkan kita punya ruang untuk bersuara. hak kita untuk memotretkan gambaran kita, kuasa kita untuk menzahirkan yang tersirat. bukan apa, kadang-kadang orang yang kita sayang neh buta hati...dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyedarkannya dengan apa cara sekalipun...bagi dia realize yang kita neh memang sayang kat dia..tapi kalo dia masih di takok lama tiada sebarang perubahan, maka kita tak patot bagi kepala takok lagik kat dia, wakakaka... juz kidding...what i mean is, jika dia tak nak berubah & tak nak sedar, kita harus tinggalkan dia walaupun sayang masih bersisa. takpe, bagi ifin perjalanan kita masih jauh (tu pun kalo umur masih ada ler). banyak lagik benda yang kita akan jumpa, ramai lagik insan yang kita akan ketemu. siapa tahu akan ada "dia" yang baru untuk kita sayang. sape tahu jugak, one sweet day akan datang untuk kita merasa disayangi & menyayangi.






till then guys, do take care sume eek...


*********************



menghadapi persoalan hati tingkahnya sangat teruja.
membelakangi punca permasalan hati kesannya tidak diduga.
hati...hati...hati...tidak akan berhenti daripada mati.


1 comments:

(,")**JoSepH**(",) Says:
July 19, 2009 at 11:58 AM

biasalah.. adakalanya kita memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati. btw, aQ suka ngan bhasa yg ko guna dlm blog ne.. mmg bEZZZZZ!!!!!!!!!!!!!!!!! sngat2 poWer ayatnya... ko minat baca novel kan?? spa penulis yang paling ko minat???

Related Posts with Thumbnails