BIAR RASA & HATI SEIRING SEJALAN

| Sunday, August 2, 2009 | |





******************





NO.1
Situasi: kamu berhadapan dengan si dia.
Kamu RASA: tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang & suaramu seakan tersekat di rongga dada.
Dalam HATI: hakikatnya itu bukan CINTA tetapi SUKA.






No.2
Situasi: kamu ternampak kelibatnya.
Kamu RASA: mata kamu tidak terlepas & terus memandangnya walaupun si dia tidak perasan kehadiran kamu di situ.
Dalam HATI: hakikatnya itu bukan CINTA tetapi NAFSU.






No.3
Situasi: si dia berada jauh dari kamu. mungkin outstation atau sebagainya.
Kamu RASA: kamu terlalu menginginkannya & ingin segera berada di sampingnya.
Dalam HATI: hakikatnya itu bukan CINTA tetapi KESEPIAN.






No.4
Situasi: kamu ingin mendekati dirinya tetapi sukar kerana ada batas-batas halangan. tetapi kamu tetap tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha.
Kamu RASA: perasaan meluap-luap untuk mendekati dirinya. kamu tidak berpuas hati selagi tidak berjaya.
Dalam HATI: hakikatnya itu bukan CDINTA tetapi KESETIAAN.






No.5
SItuasi: si dia meminta penjelasan daripada kamu, apakah perasaan kamu kepadanya. walhal kamu sendiri berada keliru dengan perasaan kamu.
Kamu RASA: kamu memang menyenanginya. kamu menyukainya. tetapi kamu tidak tahu adakah ia cinta? demi menjaga hatinya, kamu mengakui yang kamu cintakannya!
Dalam HATI: hakikatnya itu bukan CINTA tetapi BELAS KASIHAN.






No.6
Situasi: pandangan matanya sungguh menusuk kalbu hingga membuatkan kamu terleka & tertawan.
Kamu RASA: betapa bahagianya apabila kamu menjadi perhatiannya.
Dalam HATI: hakikatnya itu bukan CINTA tetapi ANGAU.






No.7
Situasi: si dia menyakitkan hati kamu.
Kamu RASA: memang kamu terasa pedih dengan kesalahan yang dilakukannya tetapi kamu memaafkannya jua. kamu lebih memandangkan kebaikannya dari perkara salah yang dilakukan itu.
Dalam HATI: hakikatnya itu bukan CINTA tetapi PERSAHABATAN.






No. 8
Situasi: si dia ingin tahu adakah setiap masa hanya dia yang berada di hati & ruang fikiran kamu?
Kamu RASA: kamu memikirkan tentang dirinya tetapi bukan setiap detik kerana kamu turut memikirkan banyak perkara saban hari. tetapi kamu terpaksa mengakui pertanyaan di dia kerana bimbang si dia akan merajuk pula.
Dalam HATI: hakikatnya itu bukan CINTA tetapi DUSTA.






No. 9
Situasi: kamu sanggup membuat apa sahaja demi si dia termasuklah memenuhi permintaannya membelikan pelbagai jenis hadiah biarpun ada yang diluar kemampuan kamu.
Kamu RASA: demi si dia, lautan api sanggup ku renangi. apatah lagi sampai poket kering kontang. kamu sanggup! kamu rela!
Dalam HATI: hakikatnya itu bukan CINTA tetapi MURAH HATI.






TETAPI...
adakah kamu terus bertahan biarpun sejuta rasa bercampur-baur di hati kamu? antara kesakitan & kegembiraan, hingga membutakan kamu untuk mengakui betapa hebatnya perasaan yang kamu alami. kamu mahu terus bersamanya. bagaikan kuasa magnet yang menarik perhatian kamu terhadapanya.
ITULAH CINTA.






apakah kamu sanggup menerima kesalahannya kerana menganggap tiada manusia yang sempurna & tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan?
jika demikian, ITULAH CINTA.






biarpun ada orang lain yang mendambakan cinta kamu. biarpun ada orang lain yang sanggup melakukan apa sahaja buat kamu. tetapi kamu hanya mahukan si dia tanpa ada sebarang batasan, halangan mahupun penyesalan.
ITULAH CINTA.






kamu sanggup menangis & bersusah payah bersamanya. kamu sanggup melalui segala suka duka bersamanya biarpun sebenarnya kamu berpeluang melepasi tahap tersebut tanpanya. kamu harus kuat kerananya.
ITULAH CINTA.






hati kamu gembira ketika si dia berbahagia. hati kamu menangis ketika si dia bermuram durja.
ITULAH CINTA.






sinar matanya menusuk ke jauh dasar hatimu, menyentuh lembut jiwamu & membuatkan hatimu mekar mewangi selalu. jika hal yang sedemikian berlaku, maka apa yang hati kamu rasai...
ITULAH DINAMAKAN CINTA.






******************




bicara hati tidak seselari kata naluri.
naluri berbisik pada jiwa yang sentiasa rapuh.
akal penentu hala tuju hati yang bernaluri jiwa.

2 comments:

enia Says:
August 16, 2009 at 2:05 PM

chenta iru sakit????
tol ke??

j a y Says:
August 17, 2009 at 4:12 PM

cinta xsakit kalo berbalas. hadoii~

Related Posts with Thumbnails