DAH TUA!!

| Wednesday, August 19, 2009 | |


SELAMAT HARI JADI ADIK KUH . .





Hola~
hari neh 19.08.2009. semalam 18.08.2009. bermakna sudah 21 tahun 1 hari usia adik ifin. the only one my sista. HAPPY BUFDAY TO HER. sayang dia.

bertempat di Damai yang sangat mendamaikan, satu majlis telah diadakan untuk meraikan empunya badan. satu majlis kecil-kecilan yang dihadiri family. cuma sorang ahli je yang tiada kerana ada tugas dengan pesakit. alim, hang terlepas la wok!

bermakna dah 21 hari 1 hari ifin ada, mempunyai & memilik seoranga dik perempuan. dah besar pung dia sekang. pejam celik pejam celik, dah "agak dewasa" dia but not yet totally mature...kah3... ifin akui sejak dia melanjutkan pengajian di Institut Perguruan, ifin agak merindui dengan keletahnya. windu nak gado² dengan dia. windu nak bertikam lidah dengan dia. windu nak bertekak dengan dia. windu nak paksa dia bangun pagi. windu nak arahkan dia mandi cepat, keh3... yang penting windu nak bermanja² dengan dia.

kebetulan dia pulang "ke pangkal jalan" this week. ada praktikal ROS kat depan skola ifin. so, memang langkah kanan la untuk merasa makan besar free...keh3...

sempena ulangtahun ila yang ke-21 neh, ifin nak wish:

* ila, walaupun along banyak tak menyenangkan pendapat & pandangan ila...percayalah along tetap menyokong ila dalam apa jua keadaan sekalipun. ila kan adik along, mana mungkin along sisihkan ila ke longkang, kah3...

* segala diskusi, perbincangan, pertukaran pandangan kita yang tidak sebulu, along harap mana yang baik ila itotlah, mana yang kurang & tidak baik ila jangan itot. sesungguhnya bak kata ila, tak semua manusia itu sempurna. along yang bagi nasihat tidak semestinya betol 100% dan ila yang menerima nasihat tak 100% salah...tapi kebanyakkannya memang along yang betol! wakakaka...

* umur setengah jagung ila neh bukan penentu untuk mendabik dada melaungkan "AKU DAH MATANG!". sebab banyak lagik yang ila kena hadapi. you have to face a lot of things. you don't know what you will be in future. you don't know what God wanna give you. so, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. don't take for granted.

* secara terus-terang along katakan, i missed you twenty four seven. sematkan dalam hati yang along neh tetap along ila & ila tetap adik along sampai bila-bila.

* selagi ila tak dilamar oleh kumbang sempoi yang tido mampos, adalah menjadi tanggungjawab along untuk menjaga ila. jarak yang memisahkan kita, along layangkan iringan doa kepada Tuhan semoga Dia melindungi ila sentiasa. sesungguhnya along amat, sangat & terlalu risaukan ila di jarak yang sekangkang kera.

* along doakan semoga apa yang ila hajati, akan tertunai. segala yang ila rancangkan, akan terlaksana dengan jayanya. segala yang ila impikan, akan termakbul suatu hari nanti. tapi ila kena ingat, tidak semua yang kita mimpikan akan jadi kenyataan sebab kita berpijak di bumi yang nyata & bukan di dalam dongeng penglipur lara. jadi ila kena redha dalam apa jua yang Tuhan hadiahkan.

* kalo Tuhan tak bagi apa yang ila impikan, itu bermakna Tuhan ada sesuatu yang lebih baik untuk dihadiahkan kepada hambaNya yang satu neh. jadi pikir positif. life is simple, don't make it complicated my dear.

* walau apa pun yang ila akan jadi, satu je along harapkan. tolong jangan lupakan keluarga especially mak & abah. sebab dah terlalu banyak pengorbanan yang depa lakukan untuk kita semua. manusia neh akan lupa daratan kalo tuhan uji dengan DUIT & PANGKAT. jadi bila suatu hari nanti ila memiliki kedua-duanya, along doakan agar pale hotak ila tuh tak terhantok kat tembok yang rapuh...keh3...

oklah ila...
sayang along tidak dapat dizahirkan dengan pengungkapan bicara. sayang along tidak dapat dipotretkan dengan lakaran lukisan. sayang along tidak dapat didodoikan dengan iringan irama melodi. hanya sayang yang telah, sedang & akan along berikan pada ila, akan kekal sampai bila-bila, sampai ke nafas yang terakhir. kerana dirimu begitu berharga (walaupun sometimes tak macam cipan kan ko! wakakaka...).


************************























************************



harap bufday ifin taon neh akan lebih bermakna.
tiada pengharapan yang tinggi pada hadiah.
cukup sekadar dapat meraikannya dengan orang yang tersayang.

7 comments:

aizul Says:
August 19, 2009 at 2:44 PM

eh cop2..kenapa ibu anda mcm serupa dgn ibu saya? hahaha

ifin Says:
August 19, 2009 at 4:10 PM

entah la ekh nape leh macam sama.
kita seibu kot.
hahahahaha...
what the.

cik boneca chanteq Says:
August 20, 2009 at 8:54 AM

hurm. tq along. pasne tyme besde u kite xyah celebrate la yek. hahahahk. :p

p/s: sayang along muchossss.!!! :)))

(,")**JoSepH**(",) Says:
August 20, 2009 at 12:34 PM

tahniah... aBg yg baik...hehehee
murah rezeki co slalu celebrate birthday org...

Ty Says:
August 20, 2009 at 1:32 PM

happy birthday girl :)

Irine Nadia MaRceLLo Says:
August 22, 2009 at 8:15 AM

nape mak irine ada kat situh skali...x aci..hahaha..kembar gupenyeee...

ifin Says:
August 22, 2009 at 8:44 AM

mak irine mak ifin jugak.
kita sama blood.
mak kita twins la.
tak sangka kan?
keh3...

Related Posts with Thumbnails