F.O.C VS USAHA??

| Friday, August 28, 2009 | |





hola~
kali neh ifin terpanggil untuk berkongsi satu situasi yang agak janggal dilihat pada zaman ifin muda belia remaja dulu² tapi "agak normal" dewasa ini. terlebih dahulu bukan niat di hati untuk menyalahkan sesape, apatah lagik untuk memprovok keadaan menjadi haru-biru. terlintasnya niat di hati neh adalah untuk bersama-sama kita melihat & menyaksikan bahawa zaman sudah berubah bah...







semalam ifin cuti. almaklumlah cuti ifin banyak lagik yang berbaki. kalo tak silap ada lagik 26 hari lagik, huhu... sempena hari "merehatkan minda & tubuh badan" neh, ifin kuo menghirup udara di luar. tengah-tengah jalan tuh, ifin terlalu la satu kedai handphone neh. apa yang menariknya di kedai tu adalah satu situasi yang agak menarik tapi secara jujurnya ifin meluat sebenarnya, hehe... jom kita ikuti perbualan di kedai tu:






Sang Anak:
"abah, ucu ingat nak beli handphone lagik satu la,"

Sang Bapak:
"kan dah ada dua handphone tu. nak lagik?"

Sang Anak:
"alah bah, ucu ada 3 nombor tapi handphone ada dua je. ucu baru je beli maxis youthclub tu,"

Sang Bapak:
"yang kau pi gatal beli lagik satu nombor tu buat apa? kang nanti topup abih, mintak kat abah jugak. tak pun kau pi ngendeng kat mak kau tu ha,"

Sang Anak:
"alah bah, belikan satu untuk ucu. ucu janji ucu akan dapat 5 principle dalam stpm nanti,"

Sang Bapak:
"ha, kau macam tulah... janji, janji. janji. sudahnya habuk pun tarak. balik sekolah tak baca buku pun, asyik ngadap komputer je. bukak myspace la, friendster la, blog la, ntah apa-apa lagik ntah,"

Sang Anak:
"eh, abah tahu ek benda² tu sume?"

Sang Bapak:
"dah kau main hari-hari tak kira siang malam, mana abah tak hafal!"

Sang Anak:
"so camna bah, leh tak belikan ucu handphone ni. tak canggih pun takpe, macam handphone abah tu pun ok,"

Sang Bapak:
"erm, alang² kan...abah nak tukar handphone la. bosan jugak handphone skg ni. takde 3G. susah abah nak buat video call kat abang kau kat KL tu ha. ha, pe kata abah tolak je kat kau handphone abah ni, abah beli yang baru,"

Sang Anak:
"alah abah ni, tu pun nak tolak². bagi free jelah,"

Sang Bapak:
"cantik muka kau. asyik nak free je memanjang. untung atas angin je. abah tolak kat ko seratus pun cukup,"

Sang Anak:
"seratus je? set. tapi bayar ansur-ansur eh bah. ucu kan sekolah lagik, mana ada duit banyak sangat. duit belanja sekolah pun abah bagi,"

Sang Bapak:
"ha, sedo pun kau. takde duit tapi berlagak kaya. rupa²nya kayap,"






begitulah sedutan perbualan yang ifin dapat dengar. nak ketawa pun ada, nak lempang je si anak tu pun ada...lawak antarabangsa betol. isu yang ifin cuba ketengahkan kali neh adalah "kebergantungan tahap cipan" budak² zaman skg untuk memperolehi sesuatu. handphone tu adalah salah satu contoh. sebenarnya banyak lagik yang kita tak sedar. ada yang senang² dapat satu set laptop dengan printer 3 in 1, ada yang dapat komputer, ada yang dapat belajo lesen memandu secara percuma, ada yang pergi sekolah berhantar berambil...banyak lagiklah sebenarnya kalo nak dicarik.






bukan soal jeles sebenarnya. tapi tahap "kemanjaan" & "kemengada²an" budak² zaman skg neh terlalulah membuatkan ifin jaki. apa yang dipinta sumenya semudah petik jari je leh dapat. tanpa usaha atau pun kurangnya usaha untuk mendapatkannya. begitu mudah kan? soal pemberian mak bapak jangan diungkitkan kerana itu hak mereka. kepada sape mereka nak bagi, itu terpulang pada budi bicara mereka. tapi kena tengok gak, kadang² isu pemberian mak bapak neh adakalanya "missing something" kerana tidak sume anak² akan dapat hak yang sama rata. di situ mak bapak kena lihat semula. adakah betul tindakan mereka membeza²kan hak pemberian? itu ifin tak mauk masuk campur kerana ifin no comment!






kebergantungan budak² zaman sekang neh yang melampau-lampau kekadang make me sick of it! mudah benar mereka meminta, lagik mudah pula mereka menerimanya. too easy guys! tiada inisiatif hakiki yang perlu ditonjolkan. inisiatif "membodek"? ha...itulah yang sering digunakan. maaf bicaralah dari ifin, benda² yang senang kita dapat, selalunya akan senang gak kita akan merasa kehilangannya.






"itu rezeki masing²" ataupun "itu bahagian masing²"... yess, that's correct! ifin tak pernah menyangkal bab² rezeki neh kerana itu di dalam bidang kuasa Tuhan. itu hak Dia. cuma kadang² tuh kan, we have to sit back and ask ourself. adakah apabila kita guna cara yang mudah, kita akan dapat sesuatu tu dengan mempunyai kepuasan tahap maksima? adakah sesuatu yang kita tagih tu akan mudah untuk diperolehi?






lumrah alam, adat manusia, hukum karma telah menunjukkan bahawa jika kita mendapat sesuatu tu dengan usaha kita sendiri (i mean cara yang jujur & ikhlas la kan), kepuasan yang kita rasa tu...gosh, hanya tuhan je yang tauk! tak dapat digambarkan dengan potret, tak dapat diluahkan dengan bicara, tak dapat dizahirkan dengan aplikasi². berbanding dengan cara yang "agak mudah", kepuasan tu hanya sekejap & believe me or not guys, makhluk² seperti ini tidak akan pernah puas! akan sentiasa meminta, meminta & meminta seperti seorang penagih yang ketagihkan candu.






plus, apa yang kita dapat dengan usaha murni suci ikhlas nan tiada lara tu, sesuatu tu kita akan jaga sebaik mungkin. kita akan menjaganya lebih daripada nyawa kita, atas dasar "penat tauk nak dapat benda neh!". kalo jalan yang mudah? ari neh rosak atau hilang, esok leh mintak lagik! kan... kan... kan...






so, jom muhasabah ourself. ask ourself. kadang² ifin pun tidak terlepas daripada this particular item. cuma persoalannya adalah, adakah kita akan terus meminta tanpa usaha? adakah kita akan melakukan anjakan paradigma untuk lebih menghargai kepuasan? atau adakah kita masih mahu menempel & mengendeng untuk menagih sesuatu?


tepuk dada tanya iman,
tepuk kepala tanya akal dan...
tepuklah pada hati tanyakan pada jiwa...







sampai kita bertemu lagik di lain lembaran.
salam ramadhan dari ifin.
adioz amigoz adiozza~


****************************




first handphone ifin Nokia 3310.
punyalah payah nak beli, duit kumpul sendiri setiap bulan.
tapi kepuasan beb! tu yang kita carik.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails