JANGAN PONTENG POSE!!

| Saturday, August 22, 2009 | |






hola~
hari neh adalah 1st day berpuasa. berakhirnya tirai syaaban, tersingkapnya jendela ramadhan & syawal pastinya dinanti dengan penuh kesabaran. sempena ramadhan neh, ifin nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam di dunia amnya, di Malaysia khususnya & kepada semua blogger yang menjadi teman ifin di alam maya neh secara tersiratnya.






berpuasa kali neh bagi ifin tidaklah terlalu asing kerana ifin telah pun mula berpuasa sejak rejab lagik & diikuti syaaban, seterusnya ramadhan yang dinanti. walaupun tidaklah "full fasting" selama 3 bulan, tetapi ini adalah 1st time ifin "bertingkah" sebegini. sebelum² neh ifin tak pernah terlintas pung untuk berjinak² dengan rejab & syaaban. bukan sahaja yang memandang & mendengar agak pelik, bahkan ifin sebagai empunya diri pung lagik pelik bin ajaib. mungkinkah ada hikmah di sebaliknya? yezza...mesti ada. juz beliv it.






sempena ramadhan yang bertandang neh, diharapkan semua yang berkenaan termasuklah diri ifin sendiri dapat memperbanyakkan amal ibadah & kurangkan yang mungkar, insyaallah. kenapa ifin kata begitu? kerana kita neh hanya manusia biasa yang terlalu halus rasa di jiwa, tersangatlah nipis penilaian di minda. kita buatlah yang terbaik. jangan dipaksa tetapi majulah ke arah yang positif.






ifin pasti seperti biasa, ada di antara kita yang akan "tercari-cari alasan" untuk menidakkan hak sendiri untuk berpuasa. bukan nak menunding satu jari kepada mereka², tetapi itulah kenyataan. ifin tak bape gemar untuk menunding satu jari kerana ada 4 lagik jari menjurus ke arah diri ifin sendiri. kalo korang tak percaya, try tunjukkan jari telunjuk ke arah sape² & lihatlah 4 jari lagik akan menghala ke arah kita. try to think about it beyond the limit bcoz nowadays, nak bercakap harus berlapik supaya tiada hati yang terasa & makan dalam.






berpuasa di bulan ramadhan...termasuklah dalam rukun islam. yang ke bape? refresh back your memory. bila mana dah kata rukun, maka ia adalah wajib, kena, perlu, dikehendaki melakukannya. tiada alasan untuk bersembunyi, melainkan ada "kes² terpinggir" yang diharuskan untuk tidak berpuasa. itupun bukannya "terlepas" begitu sahaja kerana setiap dalam dunia neh mesti ada give & take. tak berpuasa, harus digantikan kemudian bila berkemampuan. but don't take for granted la.






ramadhan lazimnya akan mempamerkan wajah² sebenar kita. kerana apa? sebab bila berada di dalam bulan ramadhan, setiap apa yang kita lakukan...setiap apa yang terdetik dalam jiwa...setiap apa yang terungkap pada bicara...setiap apa yang terlintas dalam benak yang sekangkang kera tuh...adalah berdasarkan siapa kita yang sebenar. kerana ramadhan telah dijamin tiada hasutan, tiada bisikan, tidak dipengaruhi suara² halus.






jadi apabila kita dok mengulang perkara² yang sedia ada dilakukan sebelum ramadhan, itulah wajah kita yang sebenarnya. diri ifin juga tidak terlepas daripada itu. jadi bersama-sama kita memperbaiki kekhilafan kita sebaik mungkin, semampu yang terdaya. yang penting jangan dipaksa kerana itu akan menjadi hipokrit. buatlah dengan keikhlasan yang cukup tinggi disematkan dalam hati. that's more better.






setiap bicara yang dizahirkan, segala apa yang dihidangkan di hadapan mata, semua yang terbang ke rongga cuping telinga, tapislah mengikut tetapan. siapa tahu ada "sesuatu" yang bakal kita perolehi setelah ramadhan berlalu pergi nanti! Tuhan sudah pun merancang untuk kita, kalo pung keinginan di hati tidak dizahirkan secara practically, percayalah Tuhan Maha Bijak & Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita. ngidam sesuatu tetapi tidak berksempatan untuk merasainya, jangan lupa... ada sesuatu yang kita tak terfikir untuk mengidamnya, itu yang Tuhan akan hadiahkan sebab setiap apa yang datangnya dariNya adalah yang terbaik untuk kita.






last but not least, sama² lah kita tingkatkan amalan, perbaiki prestasi & hayatilah segala yang terkandung dalam ramadhan. semoga NUR RAMADHAN akan memberikan kita 1001 kenikmatan yang tidak ternilai. amin.






~SALAM RAMADHAN DARI IFIN~






********************




ifin terkenang kenangan manis berbuka puasa di uitm.
bersahur bersama² insan tersayang.
menghayati kenikmatan yang tak terhingga.



1 comments:

Aqmal Arista Says:
August 25, 2009 at 1:44 AM

selamat berpuasa ipin ;)

Related Posts with Thumbnails