MALAYSIA DAH 52 TAHUN!!

| Sunday, August 30, 2009 | |






hola~
diam tak diam kita bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52 esok. agak berusia Malaysia rupanya. dah boleh dikategorikan tergolong dalam golongan "warga emas". tapi bukan itu pokok persoalannya. isu yang sering & perlu difikirkan sejenak ialah apakah peranan kita sebagai rakyat Malaysia? apakah jasa yang telah kita sumbangkan kepada Malaysia? apakah perkara yang akan kita lakukan untuk Malaysia? apakah iktibar yang kita perolehi kesan daripada detik 31 Ogos 1957 tercipta? dan yang penting, adakah kita sudah cukup matang & berusia seperti Malaysia?






52 tahun...erm, bukan satu jangka masa yang pendek sebenarnya. within that period, bermacam-macam kisah, pelbagai ceritera suka duka yang telah pun kita saksikan. bermula dengan cabaran untuk menuntut kemerdekaan, dugaan semasa penubuhan Malaysia, ancaman-ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu melingkupkan Malaysia dan bermacam lagik. dan kini, cabaran yang dipikul oleh Malaysia amnya, kita khususnya sangatlah berat & tidak terduga.






cuba kita renung sejenak. statement "saya anak Malaysia", "saya sayang Malaysia", "i'm proud to be Malaysian" dan yang seangkatan dengannya sering kita dengar. samada dari corong-corong radio, paparan di kaca televisyen, penyampaian dari bibir ke bibir, mahupun layangan pelbagai kaedah di medium alam maya. apa sebenarnya yang kita faham dengan statements tuh sume? kita menghayatinya? kita mendalaminya? kita memahaminya? ifin percaya kita sume sudah boleh berfikir dengan kewarasan yang hakiki. dunia sudah berubah bah! pemikiran kita seharusnya, sewajibnya & perlu seiring dengan pembangunan teknologi terkini, kena setanding dengan usia Malaysia.






dewasa ini, terlalu banyak provokasi yang ifin lihat cuba diisukan oleh sesetengah pihak. maaf bicara ye, ifin tidak berminat mahu masuk campur dalam sandiwara-sandiwara semasa mereka. setiap kali ifin mendengarnya, kepala digelengkan. setiap kali ifin melihatnya, istighfar ifin bermuhasabah. isu-isu yang sensitif, yang janggal diperkatakan di khalayak umum & yang terlalu bebas dikomunikasikan makin menjadi-menjadi lately. sedih sebenarnya apabila melihat level pemikiran kita masih di kelas pertengahan, atau lebih buruknya sesetengah kita berada di peringkat paling hina dina? nauzubillah...mintak dijauhkan!






usia Malaysia berganjak dari tahun ke tahun. usia kita? hey, jangan bilang usia kita tidak berubah ye! kita juga seperti Malaysia, berganjaknya usia dari masa ke semasa menunjukkan kita bukannya semakin muda ye. selari dengan usia, pemikiran kita juga harus tip top. usia sahaja menunjukkan angka yang besar nilainya tetapi intipati pada hakikatnya masih cetek natijahnya. macam kanak-kanak yang memiliki sindrom, usia sahaja berpuluh-puluh tahun tetapi pemikiran macam budak tadika! maaf bicara sekali lagi ye, bukan niat ifin untuk memperkecilkan golongan sindrom...itu hanyalah perumpamaan sahaja. andai ada yang terasa, sekalung kemaafan ifin hulurkan. subhanallah...






teknologi Malaysia canggih sudah. bilangan rakyat Malaysia makin bertambah sudah. minda kelas pertama bila mahu digapai? mahu tunggu wawasan 2020 tercapai? itu belum tentu lagi minda sudah mengalami anjakan paradigma. sape tahu kuasa & daya pemikiran makin worst! sape tahu guys...






1 Malaysia...satu lagi mercu tanda yang cukup simbolik telah diwartakan di Malaysia. setiap kali pertukaran tampuk pemerintahan, akan ada tema masing-masing. bukan ifin nak menafikannya atau menidakkan hakikat kejayaan yang telah & sedang terjadi, tetapi di mana & sejauh mana kredibiliti kita sebagai rakyat Malaysia mahu merealisasikan tema-tema bermusim tersebut! kita boleh bermegah dengan 'blue print' yang cukup gah di persada dunia. kita boleh berbangga dengan kejayaan demi kejayaan yang kita perolehi. kita boleh mendabik dada dengan apa yang kita ada sekarang. tapi adakah kita sudah cukup bersyukur? ha...persoalan inilah yang seharusnya kita perhalusi & renungi.






pernah dengar "kalau diikutkan hati, kita akan mati. kalau diikutkan rasa, kita akan binasa"? phrase tuh dah berzaman umurnya. ada kebenarannya di situ? yang penting kita jangan suka sangat cari kesalahan orang lain, jangan suka sangat mengikut perasaan yang tersemat, jangan dilayankan sangat moody yang mempengaruhi. remember this guys, 1 jari kita halakan kepada kesalahan orang lain, 4 jari lagi akan terlayang secara spontan kepada kesilapan kita. sedarkah kita akan hakikat itu?






justeru itu, sempena kemerdekaan yang ke-52 neh kan...jom kita beramai-ramai sematkan dalam hati "Malaysia adalah aku & aku adalah Malaysia"! marilah kita terbang bersama dalam mencari kedamaian. marilah kita berlari bersama dalam mencari erti semangat setiakawan. marilah kita berjalan beriringan demi menjaga kedaulatan Malaysia, tanahair kita yang tercinta. laungkan perkataan keramat MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! di seantero dunia. tapi jangan dilupakan kalimah Allah yang suci. bersyukurlah kita ke hadratNya kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup dalam memperbaiki sosioekonomi. bersyukurlah kita kerana masih diberikan nikmat umur yang panjang untuk terus beribadah kepadaNya. berdoalah kita walau apa pun bangsa & agama kita kerana berdoa tidak tertakluk kepada hanya satu-satu anutan agama sahaja, tapi berdoa adalah universal. sape-sape sahaja boleh berdoa.

sucikan hati kosongkan minda,
angkat martabat kedaulatan dijunjung,
berdoalah untuk kedamaian Malaysia kita.







sehingga bertemu lagi kita di lembaran seterusnya.
salam kemerdekaan dari ifin yang serba kerdil di sisiNya.
adioz amigoz adiozza~




ifin nak clbr8 merdeka.
ifin nak jugak clbr8 bufday mak ifin.
tarikh yang sama meyy!

1 comments:

gazyCristiano Says:
August 30, 2009 at 11:19 AM

ya... 52years old dy!! Haha... lebih tua dr you.. Ahaksss

Related Posts with Thumbnails