MENGHARGAI ... TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA.

| Wednesday, November 11, 2009 | |






hola~
bagaimana kalian? sehat? erm, kali neh ifin mauk berkongsi² pandangan dan pendapat tentang topik neh. pe yg terluah di sini adalah pandangan ifin dan dari kaca mata ifin. kalo ada readers yang tidak bersetuju, its up 2u coz everybody's have their own authority untuk bersuara dan bertingkah. as long as tak mencarot dan x memaki hamun sudah la kan. so this is the topis:
MENGHARGAI ... TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA.








acapkali kita terlepas pandang persoalan itu. setiap kejadian manusia telah diciptakan sekali pelbagai anugerah dan kenikmatan. kiranya kita sebagai manusia sangat beruntung kerana memiliki segalanya. lucky us dude. but we did missed a part di balik tabir segala anugerah. alpa. lupa. terlepas pandang. itulah yang boleh digambarkan. kita sudah memiliki segalanya tetapi kita lupa untuk mensyukurinya...kita alpa untuk menghargainya. yess, menghargai. that's the word yang kita cari. sukar bukan untuk menghargai? kalo istilah 'LUPA' itu agak biasa kedengarannya tetapi tidak bagi kalimah 'MENGHARGAI'.







kita beruntung miliki segala yang kita impikan. bertambah untung sekiranya 'bonus tidak disangka' datang bergolek dalam arena kehidupan kita. pabila kita sedang menikmati ke semuanya, kita lupa untuk berterima kasih. kita macam tak berapa nak ingat untuk memberikan sedikit 'credit' kepada yang berkenaan.







pernah tak kita terasa hati apabila orang yang rapat dengan kita, insan-insan yang boleh dikatakan paling hampir dalam hati kita...seakan-akan 'hilang ingatan' dan tidak sedar akan kewujudan kita? pernah tak kita terkilan bila mana mereka yang kita sayang tidak ingat kat kita? pernah tak kita rasa sedih pabila kita mengharapkan mereka untuk sedar kewujudan kita tapi sebaliknya yang berlaku?







persoalan-persoalan ini sepatutnya tidak timbul apabila kita mempunyai rasa tanggungjawab dan kesedaran tahap tinggi. kita jangan melupakan mereka yang banyak berjasa pada kita. kita jangan sesekali tidak menghargai mereka yang 'beria-ia' dalam mendalami kehidupan kita. tidak perlu menuding jari kepada orang lain kerana kita sendiri akan merasai sebagai 'orang yang memberi' dan 'orang yang menerima'.







kita sebagai orang yang memberi ni sememangnya memberi dengan penuh keikhlasan dan tidak minta sebarang payback. but we must remember one thing. sedikit sebanyak kita sebagai pemberi ni tagihkan sekelumit peringatan dan penghargaan walaupun hanya dengan ucapan 'terima kasih' jep. bila mana penghargaan itu dikalungkan kepada kita, segala penat lelah yang kita 'beria-ia' sangat tuh sedikit sebanyak akan terubat dengan senyuman yang pastinya terukir di bibir yang mugil. sebaliknya, jika segala usaha dan jasa kita tidak diberi credit walau sebesar zarah...pasti terdetik di dalam hati, "sampainya hati"... serius walaupun ikhlas memang tahap tertinggi tapi bila mana terdetiknya rasa "sampainya hati" tuh, maka leburlah segala barakah keikhlasan tuh.







susah sangatkah kita untuk menghargai? sukar sangatkah kita untuk mengingati. menghargai tidak semestinya kita membalas dengan harta wang ringgit tapi ia cukup sekadar peringatan yang maha ringkas. sebagai contoh, kita pastinya miliki insan-insan yang kita sayang dan ambil berat rite? segala keperluan mereka kita prihatin bukan? segala apa yang berlaku padanya kita alert bukan? pastinya segala tarikh yang begitu penting padanya kita akan alert dan kita akan lakukan sesuatu walaupun hanya sekadar ucapan!







another side pulak, try to think out of the box sekejap. kita letak diri kita dalam situasi yang menerima. kita pastinya akan 'mengharapkan' sesuatu daripada hubungan sayang dan caring for sharing tu kan? walaupun hanya sekelumit, tapi kita still mengharapkannya. contoh paling mudah, tibanya detik yang amat bermakna dalam hidup kita seperti tarikh kelahiran atau pun tarikh ulangtahun perkahwinan ke kan...semestinya kita mengharapkan mereka yang tergolong dalam golongan "RAPAT BAGAIKAN ISI DENGAN KUKU" dan "AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS" melakukan sesuatu untuk kita bukan? walaupun hanya sekadar ucapan 'selamat hari jadi' atau 'selamat ulangtahun perkahwinan ke-bla bla bla'. bila mana kita terlepas pandang untuk melakukannya, orang yang mengharapkan tu semestinya kecewa dan terkilan kan? apatah lagi bila pengharapan yang telah dikalungkan kepada orang yang paling hampir, terlerai punah harapan bila mana kita 'terlepas pandang' untuk mengucapkannya? kesian bukan? apalah malang nasib yang mengharap tu bukan?







alasan? of coz...carilah seberapa banyak alasan yang termampu untuk mengcover 'keterlepas pandangan' kita tuh. tapi tidak semudah itu untuk merawat hati yang lara. terkilan sudah. pilu menyelubungi. kegembiraan yang diharapkan kesayuan yang hadir menjengah.







"alah...aku hargai jugak walaupun terlewat sikit je". yes, that's correct. but pernahkah kita terfikir perasaan orang yang mengharap tu? pernahkah kita tertanya-tanya bagaimanakah perasaan yang mengharap tu? itulah, perkara sebegini memang nampak agak remeh-temeh. simple je. alah...kacang je benda ni. mesti ingat punyalah. tapi kita tidak pernah mahu menterjemahkannya kepada tindakan. jangan kerana 'keterlepas pandangan' kita tuh, ada awan kelabu berarak di dalam hati mereka. bukan mudah untuk menghargai ni. nak mengingat pun kita adakalanya tergelincir ke gaung, inikan pula nak menghargai? jauh api dari panggang!







tak guna jugak kalo kita dah buat reminder tapi kita 'snooze' kan reminder tersebut. tepuk dada tanyalah pada kata hati, dengarkanlah apa kata hati kerana adakalanya ikut kata hati tidak akan mati..







********************





usahlah kita selalu take for granted.
susah kita mencari tagih simpati.
senang kita berlari meninggalkannya sepi.

2 comments:

mR.sYaH Says:
November 11, 2009 at 7:00 PM

betul2 sy setuju..

FirdHaikaL CHinta ilLahi Says:
November 11, 2009 at 7:02 PM

semua manusia mahu dirinya dihargai tapi tak semua manusia mampu menghargai....

sokong dengan pendapat ifin, fird selalu mahu dihargai tapi selalu susah untuk org menghargai apa yang fird buat....

makanya prinsip fird, kita buat baik dengan org, insyaallah Allah terima kebaikan kita dan membalasnya dengan perkara baik juga.....

Related Posts with Thumbnails