LELAKI: SEDAR VS TAK TAHU ??

| Saturday, December 19, 2009 | |





hola~
how r u guys today? ok? hopefully oklah..hurm, kembalinya ifin di sini untuk berkongsi satu lagik info yang rasanya cukup elok untuk diambil perhatian. nowadays, ramai di antara kita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki (especially bagi golongan perempuan la arn..). sometimes depa buat something yang lelaki tidak suka, sehingga boleh menyebabkan lelaki terasa, terkilan, sedih atau sebarang bentuk rasa yang kurang menyenangkan.

come on guys, lelaki juga manusia biasa (sama seperti perempuan). tiada bedanya. jangan didiskriminasikan lelaki melalui gender. kerana lelaki juga berhak diberi perhatian yang sewajarnya. dah ler mana-mana agenda yang terdapat sekang neh sumenya melibatkan perempuan, lelaki kurang mendapat tempat. so, tak salah kalau kita meluangkan sedikit masa untuk mengetahui serba sedikit tentang kaum yang bernam adam neh. so, ifin mahu berkongsi info neh with you guys. manalah tahu arn, ia buley menjadi panduan. so jum, look at it.. :D


***********************




* lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

* jika seseorang lelaki meminati seseorang, seseorang itu tidak semestinya cantik. cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. malah lelaki boleh menyukai seseorang yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.





* kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh orang lain.

* lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. so, jangan nak menemplak secara tiba-tiba!





* lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati seseorang (mostly la).

* lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton baywatch! atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. it's normal guys, lelaki suka melihat kepada sebarang 'item' yang cantik. melihat dan menikmati keindahan ciptaan tuhan..





* kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak keluar untuk kali pertama! omg, dats true guys. walaupun lelaki secara fizikal nampak gagah perkasa tapi bila tiba part 1st date, hati lelaki juga buley jadi macam hati perempuan, cuak beb!!

* lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati seseorang, tapi tak semualah sebab ada segelintir lelaki yang mengamalkan konsep santai dan simple.





* bila lelaki cakap.. "hurm..tengoklah dulu".. itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

* bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan sekeliling memahami maksudnya.





* kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! tak percaya? korang nenoklah kawan-kawan korang yang dulu sekolah berasrama penuh. nenok camna pembawaan lelaki jenis itu. HAHA.

* adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila orang yang disayanginya asyik menyebut nama lelaki lain. so, jangan nak menggatal sebut nama lelaki lain di depannya. kalau tak, tapak kasut melekat kat muka. HAHA.





* lelaki tidak boleh belajar ke semuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

* betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting', dia tetap hanya ada seorang teman yang istimewa, yang lain hanya kawan.. :D





* bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja. depa merasakan kejadian wanita itu begitu indah! itu lumrah kejadian lelaki. memang tak leh nak buat apa.

* bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.





* bila ada yang mula meminati seorang lelaki, dia patut bagi hint! mana tau lelaki itu juga menaruh minat. senang usahanya nanti. sebab lelaki ini adakalanya terlepas pandang perkara-perkara camtu.

* adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong orang lain.





* kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata. depa lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari orang yang dikasihi. sebab itu dikatakan air mata adalah senjata halus untuk menundukkan lelaki!

* lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. so, janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!



***********************

so, bersama-samalah kita memahami lelaki neh. baik perempuan mahupun lelaki, jangan dipandang sepi perihal neh. kerana kejadianperempuan itu sangatlah complicated dan kewujudan lelaki amatlah miracle. perhalusilah attitude masing-masing, fahamilah behavior masing-masing dan terimalah seadanya kerana tiada manusia yang maha sempurna.

justeru itu, jangan mendabik dada kerana dada tidak akan bidang selamanya. jangan menongkat dagu kerana dagu tidak akan beban selamanya. jangan berpeluk tubuh kerana tubuh tidak akan kekal untuk selamanya.
till then guy. adioz amigoz adiozza.


***********************




setiap antara kita memiliki topeng.
menghindar daripada kenyataan.
atau keluar daripada kepompong.


3 comments:

:::wagonbiru::: Says:
December 19, 2009 at 12:44 PM

hohohoh itukah lelaki...hurm...

ifin Says:
December 19, 2009 at 1:04 PM

yezza... :D

Topboii Says:
December 22, 2009 at 10:02 AM

erk. bagos nih. :pp

btw u tade chatbox? O.o

Related Posts with Thumbnails