[ CINTA? ]

| Thursday, March 3, 2011 | |



kehidupan telah mengajar aku
bahawa cinta tidak akan pernah ada penghujungnya
cinta di antara dua insan yg lurus
cinta di antara dua jiwa yang rapuh
cinta mekar tumbuh dengan kepedihan dan kemarahan
cinta hidup subur dengan segala kenangan dan kebahagiaan.



kata mereka cinta itu tiada yang logik
benar, cinta itu sememangnya buta
dengarlah kata cinta ikutlah kata hati
semoga apa yang diimpikan bisa ketemu.





aku juga telah belajar
pabila menyintai seseorang
tidak bermakna jodoh akan menyatu
tidak semestinya saling memiliki
justeru perlu menghargai apa yang dimiliki
bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan.





cinta dan keinginan antara dua pencinta
kejujuran yang suci
sayang berdendam rindu berkasih
tanpa perlu ada simpati
dan tidak perlu menyesal
atas apa yang terjadi
atas apa yang telah kita pilih.


*****************




cinta itu sebenarnya tk buta.
tapi orang yang jadikan cinta itu buta.
sbb orang yang bercinta ramai yang buta.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails