[ 10 HAIWAN YG SUSAH NAK JUMPA ]

| Monday, May 9, 2011 | |




salam 1 malaysia. agak lama jugak ifin kt menyentuh blog neh..biasalah bz memanjang..nak² skg ni bz menguruskan 'bank bergerak' ifin..hehe.. ok so this time, ifin nak berkongsi satu artikel neh yang agak menarik perhatian dan minat ifin. artikel ni pasal haiwan. sementelah ifin pun memang minat haiwan² ni..huhu.. ok jom kita nenok apa yang boleh kita jadikan ilmu..
haiwan² ini berada di kawasan² tersembunyi macam kat gua yang gelap-gelita dan lautan yang sangat dalam. diorang neh takdelah cute sangat, jauh sekali comel² belaka mcm kucing Persian kan..haha..tapi percaya atau tidak, diorang neh memang susah nak jumpa. tak caye? ha..cubalah cari sampai lebam..haha..


1) SAOLA.
dia neh adalah spesis mamalia yang paling jarang dijumpai kat bumi. dia neh berasal dari Vietnam dan Laos. dia leh membesar sehingga 3 meter tingginya. nenok skali memang macam kambing. nenok dua kali dah macam goat. nenok berkali-kali sampai lebam, sah² dia neh saola. haha. ekor dia neh kecik je (kontot). telinga dia panjang. apa bezanya antara saola dan kambing? kalau korang pandai lah kan..haha. dia neh ada bintik² putih dan garis² kat muka dia. kambing pulak tk sehensem dia. haha.



2) ADDAX.
dia neh spesis kijang. susah nak jumpa kat gurun sahara. addax neh ada gigi mcm lembu. tanduk dia neh panjang dan melengkung..so jangan nak main acah² dengan dia. HAHA.



3) MONITO DEL MONTE
ha kau..nenok nama je dah gempaq kan? dah macam monte carlos pulak dah..haha. nama dia neh sebenranya daripada istilah sepanyol yang bermaksud "MONYET KECIL". dia neh adalah marsupial yang hidup di Chili dan Argentina. dia neh jenis mamalia. ramai yang assume dia neh dah lama pupus 11 juta tahun yang lalu. tapi tak disangka² ada ler sorang penjelajah moden, entah sape entah nama dia kan..beliao dah jumpa natang neh di era moden. badan dia neh mcm tikus, dengan bulu cokelat dan besar. telinga dia pulak runcing. ekor dia panjang. nak kenal dia neh senang je. matanya yang besar dan dia hidup di pohon² dalam hutan hujan. ekor dia yang panjang tuh sebenarnya menolong dia untuk bergayut dari cabang ke cabang dahan.




4) BUMBLEBEE
dia neh spesis kelawar. dia dapat dijumpai kat gua² batu kapur, Tenggara Thailand dan Burma. spesis yang dewasa panjangnya hanya 1 inci dari kepala ke ekor. beza antara dia neh dengan kelawar² yang lain ialah muncungnya yang sama macam muncing khinzir (babi).



5) DUGONG.
dia neh adalah haiwan laut besar yang sangat lebih kurang manatee. sementara spesis sejenis yang berada dalam keluarga yang sama disebut sirenia, berbeza dengan manatee. dia neh dapat dijumpai di perairan utara Australia dan wilayah Indo-Pasifik. dia neh sejenis mamalia yang memiliki tubuh badan yang panjang, sama seperti dayung seperti mirip ke arah kepala. ekor dia pulak lebih kurang sama dengan ekor ikan lumba-lumba. mulut dia neh terkeluar dan berada dalam posisi menegak dengan kepala terbalik ke bawah yang memudahkan dia untuk memakan rumput di dasar laut.



6) ICHTHYOPHIS KOHTAOENSIS.
dia neh jenis amfibia yang dijumpai di Kemboja, Laos dan Thailand. tubuh badan dia macam ular dengan ekor yang runcing. tubuh badan dia gelap dengan perut kuning. salah satu ciri yang membuatkan dia unik ialah dia mempunyai dua otot yang mengawal rahang.



7) SOLENDON.
dia neh jenis mamalia yang sangat kecil yang berasal dari Cuba. dia neh sangat mirip dengan tikus. muncung dia panjang dan ekor yang bersisik. muncung dia sangat fleksibel berbanding dengan tikus kasturi. tapi perlu diingat, dia neh sangat beracun. dia neh adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntik mangsanya dengan bisa yang dia ada. so, bila terserempak dengan dia neh, its better undurkan diri sebab dia neh suka sangat gigit manusia.



8) FRILLED SHARK.
sehingga abad ke-19, sume para saintis menganggap dia neh dah lama mati, pupus bersama-sama dinosaur. tapi ia ternyata tidak benar sebab beberapa nelayan dikatakan pernah menangkapnya. juga terdapat beberapa penemuan bangkai spesis ini. dia neh mirip dengan belut. tubuh dia memanjang. dia neh ada kepala berbentuk segitiga dengan tubuh badan yang panjang. dia neh tergolong di dalam kumpulan ikan yang sangat menggerunkan.



9) OLM.
dia neh spesis amfibia yang berasal dari Eropah especially di kawasan Itali. dia ada tubuh badan yang panjang berwarna putih dengan 4 kaki yang kecil. sekali pandang, dia neh nampak macam ular kecik. dua kali pandang dah macam dia lah..haha. hidupnya diabadikan di dalam gua² bawah tanag. matanya tidak berkembang dan buta. walaupun dia tak dapat melihat tapi itu tak bermakna dia tak berdaya sebab dia neh mempunyai pendengaran dan deria bau yang sangat tajam.



10) KAKAPO.
dia neh adalah satu-satunya spesis burung kakaktua yang tak boleh terbang. spesis neh memilih untuk berjalan kaki atau naik dari satu tempat ke tempat yang lain untuk bergerak. dia neh mampu mencapai berat sehingga 8kg.



****************************



yang pelik memang ajaib.
yang ajaib tak semestinya pelik.
tapi pelik dan ajaib itu sangat menyeronokkan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails