[ SOAL NIKAH KAWEN ]

| Tuesday, May 10, 2011 | |




salam guys. this time ifin nak berkongsi about something. something yang ifin pasti semuorang akan melaluinya. samada cepat atau lambat je takdirnya. NIKAH KAWEN! this particular item memang sumorang sangat concern dan boleh dikatakan menjadi satu isu yang lebih kepada gossip. kenapa gossip? sebab samada kau kawen ke tidak, sekeliling akan berkata-kata. sebab samada kau kawen cepat atau lambat, orang tetap akan berkata-kata. so what the hell rite?




as for me, isu ini memang kerap diputarkan di corong-corong radio bergerak sekeliling ifin. sementelah dalam usia ifin skg neh kan. orang kata dah mula nak monopos. tapi kepala hotak kau lah kan kalau cakap camtu. kat cni ifin sekadar nak berkongsi apa yang ifin rasa tentang isu neh. either ada yang nak terima or bangkang, it's my voice anyway..so do i care?



dewasa ini orang dah tak kisah sangat istilah kawen atau nikah ni. sebab apa tak kisah? sebab ada aku kisah? haha. dua istilah ni mempunyai huraiannya yang tersendiri. bagi ifin kawen itu belum tentu nikah. tapi nikah itu dah sah-sah kawen. sebab apa? nikah itu dalam islam dah merangkumi semua aspek dari A to Z. tapi kawen tu hanya sub-istilah yang maksudnya lebih kepada hubungan yang belum disahkan. so, should be kalau ada yang bertanya, "bila kau nikah?" or "kau dah nikah?" etc. so faham-faham jelah ea.




ifin merasakan isu ni agak berat sebab kita nak menanggung anak orang (ini bagi lelaki lah kan). apa persiapan yang dah dipersiapkan? duit? mental fizikal? jasmani rohani? seringkali dewasa ini terlalu mudah pemikirannya. bila usia dah menjangkau 18 tahun, dah ada couple, baru start kerja atau dah kerja dengan gaji yang tak bape nak besar, relationship dah berlangsung selama 3 tahun ke atas... "ahh, aku dah boleh kawen!" ... "ahh, aku dah bersedia nak kawen!" ... "mak, saya nak kawen tahun ni!" ..




tapi sebelum decide secara tuntas isu ni, dah fikir ke kesan jangka masa panjang pendeknya? dah kaji what to do and what will happen next? kita ni dah cukup bersedia ke? betul-betul bersedia ke? kalau sume dah sedia, go ahead.. jangan hanya nafsu je yang dah cukup bersedia kan.. kalau ikutkan nafsu, kau jangan nikah, kau kawen je ari-ari..abis citer..rite? so think..




macam ifin lah kan, memang dah ada perancangan nak ke arah itu..tp takdir masih belum menyebelahi nasib. banyak perkara yang berlaku dan itu qada' qadarNya. i have to accept it walaupun jauh di sudut hati ifin sendiri yang makan hati. in prsent, ifin banyak benda nak fikirkan. apatah lagi bila arwah abah dah takde skg neh. almost 6 months arwah abah pergi tinggalkan ifin sorang-sorang. sebagai anak yang sulong, a lot of things ifin kena fikir. yang kat luo tuh yang rasa dia macam anak sulong tuh mesti merasai apa yang ifin rasakan skg ni.




kadang-kadang tu ifin rasakan tak adil. kenapa ifin kena fikirkan sume tu? sebab ifin anak sulong? yes. that's the answer. lebih haru-biru jadinya bila orang sebok bertanya tentang isu ni kat ifin. bertanya seolah-olah "memaksa" ifin untuk menyegerakan isu tu. bertanya pulak tuh disusuli dengan ayat-ayat "menganjeng".. "kau rugi kawen cpt" .. "nanti kau dah pencen, anak-anak kau masih sekolah rendah" .. "kau tak malu ke nanti bila umur kau dah cecah 50 tahun, anto anak ke sekolah, orang tanya anta cucu ke?" .. "kau memang tak nak kawen ea?" .. "kau nak jadi gay ke?" .. WHAT THE FUCK YAWW ayat-ayat macam B * * I tu. bukan nak menyokong atau membantu tapi menyakitkan hati je dengar. so go to hell. i'm not give a damn shit to your life anyway.




macam juga orang lain, ifin juga ada perancangan. tapi kita ni manusia biasa yang hanya bijak dan pandai membuat perancangan. tapi kalau tuhan tak nak kata "kun fayakun" kat nasib kita, so what? tetap perancangan yang kita rancang tu tak menepati due date yang kita idamkan. bila arwah abah dah takde ni, ifin perlu utamakan keluarga ifin dulu. itu priority ifin sekang ni. soal hati dan perasaan ni ifin TERPAKSA tolak ke tepi dulu. memang makan hati sangat-sangat tapi apakan daya ifin. mak ifin selalu cakap, "kau kawenlah cpt. mak nak tengok kau kawen. dah ada anak nanti, bolehlah cucu mak temankan mak kat umah". ok frasa ayat tu memang ifin faham sangat-sangat dan kalau boleh esok lusa jugak ifin nak bagi anak kat mak ifin. tapi? setiap hajat tu bukan semudah nak dimakbulkan. banyak perkara perlu diperhalusi.
mak ada cakap, "kau tak yah fikirkan mak. mak dah tua. dah nak pencen. mak tau lah nak jaga diri dan kesihatan mak sendiri. kau kawen je cepat. mak boleh bantu dengan duit pencen mak". ok frasa ayat kali ni memang ifin faham tapi sedih. nape sedih? tergamak ke ifin "tak yah fikirkan mak"? sampai hati ke? korang yang kat luar sana suka ke dengan ayat camni? dari satu sudut, ok kita faham apa yang cuba disampaikan sebab dia memang nak sangat tengok kita kawen sebelum dia menutup mata buat selama-lamanya. tapi boleh tak kalau kita cuba memahamkan dia apa yang kita tengah rasa sekang ni?




bebanan sebagai "ketua keluarga" ni memang terbeban. terpaksa korbankan segala-galanya demi orang lain. ifin ada adik-adik yang lain. bagi ifin biarlah diorang yang kawen dulu sebab ifin cuma nak diorang selesa dulu. kalau ifin nikah kawen sekang, tanggungjawab tu dah tambah lagi satu. tanggungjawab pada mak sedia ada, tanggungjawab pada adik-adik sedia ada.. ditambah lagi dengan tanggungjawab pada isteri.. perhaps kalau dah ada anak-anak nanti? so how? perhatian tu dah mula bercabag-cabang..




lebihkan mak dan adik-adik, isteri akan terasa. lebihkan isteri, mak dan adik-adik akan terasa. ifin ni bukanlah jenis yang boleh kumpul dan handle sume perkara dalam 1 masa. adakalanya ifin juga akan tergelincir. sebab kadang-kadang kita leh jadi tak sedar dengan apa yang kita buat dan cakap. sebagai contoh ea, bila keadaan begini appear.. "tolong hantarkan mak ke hospital pagi esok" dan jawapan ifin "alamak mak, esok pagi tak boleh lah mak, kena hantar orang rumah pergi kursus". (keadaan sekang ni nampak macam perhatian ifin lebih kepada isteri). ok, apa yang akan berdetik dalam hati mak? jangan kata "mak tak apa-apa lah, mak ok..adik-adik kau yang lain ada leh hantar mak". jangan.jangan. dan jangan. mulut boleh menipu tapi hati? mungkin ifin je yang terlebih sensitif tapi itu yang akan berlaku. mungkin ifin yang fikir lebih-lebih sangat tapi itu yang akan terjadi. itu baru sekali "penolakan hajat mak".. kalau dah berkali-kali dan banyak kali camna? apa persepsi mak terhadap ifin? cuba renungkan. kita semua manusia. ragam asas adalah sama.




let say kalau ifin kawen sekang. adik-adik masih ada yang bekerja dan sedang bercouple tapi belum nikah lagik plus ada yang masih belum abis study. situasi sekang pulak, mak dah pencen dan ifin dah kawen dah ada keluarga sendiri. sampai bila mak nak menanggung adik-adik ifin yang lain? sampai bila mak nak menghadap masalah demi masalah adik-adik yang lain? sampai bila mak nak menanggung adik ifin yang masih belum abis study? sume tu kena pakai duit? banyak mana duit pencen dan ganjaran mak nak tanggung sume tu? nak tanggung majlis kawen ifin ag. so? bagi ifin, duit pencen dan ganjaran mak ifin itu adalah kepunyaan mak ifin sorang. itulah hasil penat lelah mak bekerja bertahun-tahun menghambakan diri dengan kerajaan. so takkan nak abiskan pada orang lain yang belum tentu akan membalas jasa time mak meniti hari-hari tua mak nanti rite? ini realiti. kita kena hadapinya. memanglah "kalau mak tak tolong anak sendiri, siapa lagi?" ok itu betul. tapi ifin tak nak "pertolongan" mak tu akan "memanjakan anak-anak mak". sampai bila ifin nak bergantung dan menghabiskan duit mak rite? sampai bila adik-adik ifin yang lain tak pandai nak berdikari kan? so untuk mak (juga kepada ibu-ibu di luar sana), cuba fahami apa yang tersirat dalam hati ifin (dan juga anak-anak sulong yang lain)..




kalau orang lain ifin tak tahulah tapi kalau ifin sendiri, ini pandangan dan cara ifin. kalau arwah abah masih ada, ifin tak terasa terbeban sangat. ini penghulu keluarga dah pergi buat selama-lamanya. jadi nak tak nak, ifin terpaksa galas tanggungjawab arwah abah tu. walaupun cara mungkin berbeza tapi mencuba yang terbaik untuk menggalas tanggungjawab itu kira alhamdulillah. ifin akan dulukan mak dan adik-adik ifin yang lain.segala keperluan mak adalah menjadi first dalam senarai kehidupan ifin. ifin bersyukur sebab adik-adik ifin dah bekerja dan punya gaji yang lagi besar dari ifin. jauh berganda-ganda dari ifin. ifin harap diorang akan cepat nikah dan bagi mak "main-main dengan cucu". adik ifin yang masih belum abis study tu pun ifin berharap dan berdoa agar lepas dia konvo kat UKM (pilihan dia, mudah-mudahan dapatlah dia masuk UKM tu, amin..), dia akan dapat kerja yang bagus dan gaji yang besar..cepat kawen dgn lady dia tu..




kalau ikut perancangan, 2011 ni ifin akan menamatkan era kebujangan ifin dengan seorang gadis yang ayu di mata ifin. perancangan november nanti. arwah abah ifin pun dah merestui dengan signal "thumbs up" masa arwah kat ICU HSA dulu. (jap, nak nanes sat, sedih plak). bila tuhan lagi sayangkan abah dan menjemput abah untuk bersama-sama denganNya di syurga, along tempang bah, along buntu... ifin terus-terang dengan # # # kalau dia tak dapat tunggu ifin, go ahead lah kalau ada yang datang melamar. pilu bila ifin berterus-terang dengan dia sebab priority ifin sekang adalah keluarga. dia faham. dan itulah yang menjadi titik tolak kepada terlukanya sekali lagi hati dan perasaan ifin. sekali lagi ifin keseorangan tanpa teman. bukan mudah untuk ifin jumpa dengan yang sekepala dengan ifin. tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, dia terpaksa "bergerak dahulu" dan ifin redha dengan takdir itu. ifin nak tapi nasib masih belum menyebelahi ifin. jadi, pengorbanan ifin sebagai anak sulong masih lagik samar-samar untuk difahami? 




mak dan adik-adik ifin yang lain.. cubalah tanya pada mana-mana anak sulong. apa perasaan diorang bila terpaksa menjadi ketua keluarga. majoriti sume akan rasa apa yang ifin rasa. over-sensitif? perhaps. so untuk memudahkan keadaan, jangan merumitkan situasi. ifin dan anak-anak sulong yang lain cuba yang terbaik untuk serve keluarga dengan cemerlang gemilang terbilang tapi cuba selami apa yang tersirat dalam hati ni. jangan ditanya lagik soal nikah kawen. bila ada yang bertanya, jawab dengan tidak menjatuhkan air muka yang berkenaan. kalau ada jodoh, nikahlah..


***************************



soal hati ni jangan dicuit-cuit.
cuba fahami tanpa mencuit-cuit.
insyaallah situasi sentiasa harmoni.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails