AKU MERAJUK? HAHA.

| Monday, June 6, 2011 | |



BILA LELAKI MULA MERAJUK..


apa salahnya bila lelaki merajuk? Ada yang kata ‘bughuk kalau lelaki merajuk’. Ada yang kata bila lelaki merajuk “tak macho”. Tak kurang jugak ada yang mengatakan “lelaki merajuk neh mcm pondan”. Apa pun yang dilabelkan, lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sama seperti perempuan. Cuma…tahap merajuk tuh tak sama macam perempuan.

Sebenarnya bila dilihat secara logika, bila lelaki merajuk memang nampak bughuk sebab tak sesuai dengan jiwa lelaki yang selalu digambarkan kental..ifin pun pernah mengalami hal yang sama. Tapi yelah, bila lelaki merajuk ni sebenarnya mengharapkan dipujuk. Sama je kalau perempuan merajuk. Sebab setiap manusia memang dah tuhan anugerahkan hati dan perasaan. Ifin percaya korang sume pun sama gak kan..so this time, jom kita salami tanda-tanda apabila lelaki mula merajuk…

***********************





DIAM 1000 BAHASA.
sepanjang masa dengan korang dia akan diam je. Korang cakaplah macam pembaca berita tanpa henti tapi dia hanya akan anggukkan kepala dia dan mengiyakan apa yang korang cakap tanpa penambah rasa. Sikit pun dia tak layan korang macam sebelum-sebelum ni. Ha...tulah tandanya dia dah merajuk. Tapi memang betul sebab ifin pernah lakukan perkara yang sama.. HAHA.







BUAT DONO.
kalau korang mintak tolong dengan dia, dia akan buat slumber badak dia je. Dia akan buat tak tahu je dengan korang. Macam ifin pun, kalau ifin dah merajuk atau terasa, ifin malas nak cakap banyak...diam je...lantaklah nak buat apa pun.. HAHA. Lagi huru-hara bila dia buat-buat pekak tak dengar apa yang korang cakap. Ha..kalau nak tahu, inilah cara merajuk dia yang paling sadis sebab cara dia tu akan buat korang rasa macam nak lempang laju-laju je muka dia. Dia buat korang macam takde kat sebelah dia! HAHA.





REJECT KALAU DIAJAK MAKAN SAMA.
biasa dia akan makan sama dengan korang. Tapi kali ni bila dia merajuk, dia akan kata camni, “awak makanlah dulu, saya kenyang lagik” atau “saya dah makan tadi kat luo dengan kawan-kawan saya”. Bila keadaan ini berlaku, itu tandanya dia memang tengah merajuk dengan korang dan dia tak nak tengok muka korang face to face. Baru padan muka korang kan.. haha.






MUKA MACAM CUKA..MASAM.
part neh memang korang akan geram. Sebab apa? Sebab...dahlah lelaki tuh tak face to face dengan korang..dah lah lelaki tuh tak nak cakap dengan korang. Dah tuh la neh main tarik-tarik muka pulak. Muncung sebatu leh pergi. Menggambarkan yang dia memang ada tak puas hati dengan korang. Tapi biasalah, tu kan adat bila orang merajuk. Perempuan pun sama. Lagilah panjang mucung tuh leh sangkut macam-macam. HAHA.






TENGOK TV SAMPAI LEWAT MALAM.
bagi ifin sendirilah, ifin memang suka tengok tv sampai larut malam. Kadang-kadang tak tidor sampai ke pagi.. HAHA. Dah adat, lelaki memang suka tengok tv sampai lewat-lewat malam terutamanya bila ada bola. Tapi kalau dia dah tengok rancangan tv yang bukan feveret dia, itu pebenda maknanya? Maknanya dia tak ikhlas tengok tv! Mata ke tv tapi hati ke lain. Korang kena alert ni! HAHA.






KUO UMAH TANPA MENTION APA-APA.
kuo malam? Jadi kupu-kupu malam? Jadi batman? HAHA.. i loikeeeeeeee... look here, bila lelaki keluar umah senyap-senyap tanpa beritahu ke mana destinasinya, itu tandanya dia tengah memprotes sesuatu. Kaw janganlah tanya ke mana dia nak pergi sebab dia tak akan jawab punya. Lebih parah lagik kalau kaw kena marah dengan dia. Naye kan? HAHA.






HENSET DIA “0FFLINE”.
bila lelaki tengah marah atau bengang atau jiwanya terganggu, janganlah kaw gatal-gatal call dia dan cakap benda remeh-temeh. Memang kena hentak lah skali! HAHA. Biasanya lelaki tak suka diganggu time jiwanya tak tenteram. Dan lantaran itu dia akan off kan henset dia dan akan bagi alasan macam-macam seperti bateri kong atau henset tiba-tiba gila.. HAHA aku tau lah sebab aku pernah buat macam tu! Bukan apa, bila dah majok-majok neh, macam malas pulak nak dengar suara atau berbalas sms. Pergilah mam kan.. HAHA.






HISAP ROKOK.
rasanya sehari boleh habes 2-3 kotak rokok. Isap macam setahun dua tak pernah jumpa rokok. Saikonya, dengan isap rokok ni boleh amankan pale hotak yang tengah serabot pikir pasal benda majok-majok ni. HAHA.



***********************



 sesekali men majok-majok neh besh jugak.
tapi kalau dah kerap mcm rimas lh pulak.
so, pandai-pandailah nak majok-majok.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails