PERKARA YANG PALING AKU MENCHIX !!

| Friday, July 8, 2011 | |




********************



1) MENINGGIKAN SUARA
paling pantang kalu orang tinggikan suara tiba-tiba. apatah lagi bila ifin cakap dengan nada yg mendatar atau statik atau penuh dengan kesopanan. orang camni kan kalu kena lempang laju-laju mmg besh tahap gaban! nak-nak kalu yg emo a.k.a period sepanjang tahun..pergh tuh lagi mencabar keimanan. lagi sedap kan bila orang yang umurnya memang suku jagung (setengah pun tk sampai lagi) daripada ifin, tinggi suara..itu memang menempah maut wa cakap sama lu! sebab ifin pentingkan respect! tapi kalu orang yang dengan sengaja buat ifin naik darah, memang kena maki dgn ifin dengan nada yang tinggi. (itu takpe, sbb ifin diprovok). HAHA.




2) MAIN KAYU TIGA
memang ifin tak suka spesis camni. dasar tkde hati dan pasaan! walaupun dah ada yang disayangi dan dicintai, tapi still mata melilau tengok orang lain dengan niat nak mengusha. apatah lagi bila digoda dan dirayu..terus tangkap leleh dan berskendel dalam diam! hurm, ifin pernah mengalami situasi camni dulu time skolah. dikenakan tegak-tegak kantoi depan mata gf main kayu tiga kat sekolah teknik 'XX'. pastu tahu apa jadi? dendam kesumat pada insan bergelar gf. ifin pulak yang mengenakan. pasang sekali TIGA! dan clash kan sekali TIGA! serentak di tempat dan waktu yang sama! kijam kan beta?? HAHA. orang tak bersalah yang jadi mangsa dendam yang membara. itu hukum karma dan ifin dah pun dapat pembalasan. (citer next episode). HAHA.




3) MENGONGKONG
itu tkleh, ini tkleh. asik nak control je. ingat ifin ni i-robot kah? segalanya nak kena bagi report. sumenya nak kena sediakan laporan 99 muka surat tebalnya. apa ni?? nanti kalu tk bgtau, dikatanya kita ni suka berahsia. dikatanya kita ni pendam pasaan. taulah prihatin dan mengambil berat, cuma jgn melampau sudaa. menchix taw!! sumorg ada kebebasan masing-masing. as long as kita tahu baik buruknya, its enough to be enough.




4) EGO
memang menjadi satu masalah utama dewasa ini. ego ni kalu dulu sinonim dengan lelaki sahaja tapi sekang zaman sudah berubah bah..baik lelaki mahupun perempuan, sama-sama ada ego. cuma yang membezakan ialah tahap keegoan tuh. ego ni sebenarnya menunjukkan yang kita mempunyai kuasa veto utk mengawal situasi tapi bila dah melampau sangat, tu dah jadi malapetaka yang mengerikan! lebih-lebih lagi bila orang tu terang-terang dah buat salah kat kita tapi still buat muka tapai basi seminggu..in fact kita pulak yang kena beralah dengan mintak maaf! apa ni?? terbalik sudaa meyy?? hurm, so kita kena berpijak di bumi yang nyata lah. tak salah kalau kita merendahkan tahap keegoan kita tu. tak luak pun kan?




5) MENIPU
pantang ditipu!! itulah ifin. mana-mana manusia yang dah ada niat nak menipu ifin dengan meng'create'kan citer misteri nusantara, baiklah berambus cepat sebelum ifin melenting! bukan apa, takleh ke kalu cakap terus-terang? tak kudis pun kan? lebih huru-hara, bila terkantoi depan mata ifin. ha..time tu ko tau lah tinggi rendahnya gigi taring aku! come on, be honest, tak rugi apa-apa pe! walaupun pahit, terus-terang je. paling tidak pun cakaplah berkias. yang penting jangan menipu! menchix!!




6) SUKA BERI ALASAN
hidup kalu tak bagi alasan demi alasan memang tak sah kan? asik-asik alasan. sikit-sikit alasan. tak penat ke asik hidup nak mengelak je? kalu alasan yang munasabah, it's fine to me. ni alasan yang diberikan memang agak tak normal. orang kata nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih kan? tapi apa ko dapat dengan bagi alasan sokmo? lama-kelamaan, aku muak tau tak? bosan tau tak? jangan sampai aku terus shoot ke london bila ko nak mintak tolong kat aku!! HAHA.




7) MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
sikap ni sumorang ada. bukan takleh ada tapi kadang-kadang kena ada. cuma biar bertempat. biasanya orang jenis camni, memang banyak agenda hidup dia. bila tiba part dia, memang kena tuntaskan sampai ke tetesan keringat yang terakhir. bila tiba part kita, alih-alih dengar citer dia dah ada kat kutub utara! pe kes?? HAHA. come on la, selfish tu berpada-pada lah. jangan sampai kena terajang laju-laju!




8) CEMBURU BUTA
sumorang kata cemburu itu tanda sayang. tapi kalu cemburu tak tentu pasal atau pun memanjang je nak cemburu, sayang pale hotak ko! cemburu ni sebenarnya berpunca daripada pasaan takut dan khuatir. takut kehilangan! sebab tulah timbulnya cemburu-cemburu ni. ifin memang malas nak layan kalu cemburu buta ni. cemburu celik takpe, terpelajar sikit nampak. ifin senang je. ko nak sangat kan cemburu buta? kita putus! HAHA kijam tiba-tiba . .




9) PANAS BARAN
bab ni memang takleh nak kata apa lah sebab ifin pun ada natang neh. (kadang-kadang je kot, haha). pantang silap sikit, terus nak amuk sekampung. pantang salah sikit, terus nak kena tadah telinga dengar amarahnya sampai bernanah tahap vaviii! tengking or maki hamun tuh memang kebiasaan bagi yang panas baran ni, tapi kalu dah sampai tangan kaki naik...tu berat der!! nak kena kerat 18 der badan lu! HAHA. control sikitlah panas baran tuh. berpada-pada dan bertempat..otherwise 'lu langsi lu mati' bhai! HAHA.




10) TIDAK TAHU MEGHARGAI
part last ni lah yang penting sangat-sangat dalam hidup ifin. memang pantang atok nenek moyang nenda kalu jumpa spesis camni. tak leh ke ko hargai apa yang aku dah buat kat ko? susah sangat ke ko nak menghargai apa yang sedang aku buat kat ko? payah beno agaknya ko nak menghargai apa yang aku dah rancang untuk ko? haish..susah kan ini olang! memang nak kena penampo sulong! tunjukkan lah rasa menghargai atas apa orang dah buat untuk kita. lebih-lebih lagi orang yang sayang kat kita. pengorbanan dia memang tinggi. don't take for granted atas kebaikan dia. kalu ko memang tak nak jugak menghargai, nate muh!


********************



 jangan buat aku menchix ko.
jangan buat aku suka kat ko.
buatkan aku skendel ko je. HAHA.

1 comments:

maszull Says:
August 9, 2011 at 11:40 AM

salam...byj nyer kucing2 tu....kucing ni bela sendiri ker?

cute2 semuanya...:)

Related Posts with Thumbnails